Pahang hilang kelayakan ke Piala AFC 2016, Lions XII tidak beraksi Liga Super 2016

Kalau diikutkan, Pahang merupakan calon untuk mengisi slot ke Kejohanan Piala AFC 2016 atas kapasiti naib juara Liga Super.
Namun kedudukan Pahang telah berubah. Ini kerana Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah mendenda pasukan Tok Gajah sebanyak 6 mata dari Liga Super berikutan kegagalan membayar gaji pemain import dari Morocco , Mohamed Borji pada tahun 2013.

FIFA telah mengarahkan FAM untuk melaksanakan pemotongan 6 markah sekaligus pasukan Selangor mengambil tempat kedua dalam Liga Super sekaligus akan menjadi wakil kedua selepas JDT untuk ke Piala AFC 2016. Berita yang sedikit mengejutkan bagi penyokong pasukan Pahang. Kes ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pasukan bertanding agar memberikan perhatian serius terhadap kebajikan para pemain. Ia bukan sahaja mencalar reputasi malahan ia juga memberikan kesan besar pada pasukan itu sendiri. Bayangkan peluang untuk beraksi di Piala AFC 2016 terlepas akibat kelalaian para pegawai sedangkan para pemain telah memberikan aksi terbaik untuk mencapai sasaran beraksi di kejohanan kelab Asia itu.

Pahang-FA
Selain itu dalam mesyuarat EXCO FAM yang berlangsung semalam memutuskan bahawa perjanjian persefahaman (MoU) antara FAM dan FA Singapura tidak diperbaharui.

lions-xii

Keputusan ini bermakna pasukan Lions XII tidak akan beraksi di Liga Super 2016. Lions XII selaku wakil Singapura telah beraksi di Liga Super semenjak 2012. Ini memberikan slot kosong bagi satu pasukan untuk beraksi di Liga Super dimana pasukan T-Team dan ATM akan bertarung bagi mengisi slot itu. Ini juga satu keputusan yang cukup besar dilakukan oleh FAM. Mungkin saingan aksi Lions XII akakan dirindui oleh para peminat bolasepak tempatan. Namun mungkin ada sebab yang munasabah untuk memorandum ini tidak diperbaharui sekaligus cuba untuk memberi peluang yang lebih kepada pasukan tempatan untuk mengondol kejuaraan. Ini kerana dalam tempoh 4 tahun, Lions XII berjaya mengondol 1 kejuaraan Liga Super dan 1 Piala FA. Satu kejayaan yang cukup cemerlang dengan menggunakan 100% barisan pemain tempatannya sahaja.

Selain itu, EXCO FAM memutuskan bahawa Kuala Lumpur FA akan beraksi di Liga Perdana pada musim 2016.

– NST

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

6 thoughts on “Pahang hilang kelayakan ke Piala AFC 2016, Lions XII tidak beraksi Liga Super 2016

Leave a Reply