LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Pahang dan Johor DT mana akan menjadi juara ?

Tinggal beberapa hari sahaja sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 akan berlangsung. Ia juga merupakan penamatnya Liga Malaysia 2014. Pasukan manakah yang akan bergembira pada perlawanan terakhir ini dan pasukan manakah yang akan meninggalkan padang dengan kecewa ? Sudah pasti, ia hanya akan terjawab pada malam Sabtu 1 November 2014 ini.
Perlawanan yang menemukan juara iaitu Juara Liga Super 2014, Johor DT menentang pasukan juara Piala FA 2014, Pahang. Kedua-dua pasukan mempunyai penyokong setia yang cukup ramai dan mereka juga melakukan kebangkitan yang hebat pada beberapa tahun kebelakangan ini.
johor-vs-pahang

Pahang yang baru 2 musim kembali ke Liga Super manakala Johor DT baharu sahaja menjenamakan skuad mereka selepas sebelum ini agak terumbang ambing dengan jenama Johor FC dan Johor. Sudah pasti kebangkitan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan ingin diakhiri dengan julangan Piala Malaysia 2014. Walaupun rekod pertemuan memihak Pahang namun perlawanan akhir kali ini pastinya berbeza.
Sudah pasti pertembungan ini juga menyaksikan pertarungan pemain import pasukan masing-masing. JDT dengan Luciano Figueroa dan Diaz pasti bergabung untuk mencetak gol manakala Pahang dengan gandingan Nwakaeme dan Matias Conti. Pemain tempatan mereka juga cukup gah dengan Pahang pasti bersandarkan jentera tengah antara Razidan dan Faizol Roslan manakala JDT mempertaruhkan Safiq dan Shakir.

Penyokong kedua-dua pasukan yang akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pasti akan memberi sokangan gemuruh kepada pasukan masing-masing. Dengan agihan adil 40,000 bagi kedua-dua penyokong pastinya mereka perlu lebih professional dalam menyokong pasukan masing-masing. Elakkan melakukan provokasi antara satu sama lain yang akan menimbulkan suasana huru hara.
Secara peribadi, saya merasakan perlawanan kali ini pasti menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai corak menyerang yang baik. Dijangkakan akan ada banyak gol dalam perlawanan akhir malam tersebut. Ramalan saya mungkin Pahang memiliki sedikit kelebihan untuk menang dengan keputusan 2-1. Apapun kita saksikan nanti perlawanan tersebut samada di stadium ataupun di kaca tv..

p/s :- Ada ura-ura mungkin kena bertugas di malam tu.. Adoyai, tak dapat le nak update pasal perlawanan akhir ni nanti.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Pahang dan Johor DT mana akan menjadi juara ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)