you'll be able download best movies here

Wordless Wednesday #Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hanya gambar-gambar ini menjadi tatapan.


Sumber :- CikguRossezah


Image Hosting

Image Hosting

Image Hosting

Sumber :- MutiaraIslam

Sekian.

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :171

Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super 15 Mei 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Seperti biasa hari Selasa perlawanan bolasepak Liga Super 2012 berlangsung. Perlawanan semakin rancak dan pasti setiap pasukan menginginkan kemenangan bagi meneruskan langkah dalam Liga bolasepak terhebat Malaysia.
Perlawanan antara Kedah vs PKNS akan disiarkan secara langsung di RTM 1 jam 8.45 malam manakala ASTRO Arena 801 pula menyiarkan perlawanan antara Kuala Lumpur dan Singapura Lions XII pada jam 8.45 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Super Malaysia 15 Mei 2012

Keputusan penuh perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia 15.5.2012

Sabah vs T-Team 1-2 (1-1)
Kedah vs PKNS 1-3 (0-1)
Kuala Lumpur vs Singapura Lions XII 0-0 (0-0)
N.Sembilan vs Perak 3-1 (1-1)
Selangor vs Felda 2-1 (1-1)
Terengganu vs Sarawak 2-2 (0-1)

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa..
Pasukan Kedah mengalami kekalahan lagi dan berada di dalam kedudukan yang bahaya. Nampaknya pasukan Terengganu yang mendapat jurulatih baru, Peter Butler masih belum mampu mendapat rentak. Pasukan PKNS nampaknya semakin gah di tempat lawan dan Kuala Lumpur melakukan kejutan apabila mampu mengikat Singapura Lions XII.

Sekian.

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :155

Kerja sebagai kontraktor pembersihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernahkah anda melihat para pekerja pembersihan? Ada sesetengah orang yang memandang rendah tentang mereka yang bekerja di sektor ini. Kerja pembersihan bukanlah mudah. Ia memerlukan tenaga dan kesabaran yang jitu. Perlu bermandi peluh, menghadap kekotoran ketika melaksanakan kerja-kerja ini. Walaupun pendapatan yang diterima tidak seberapa namun kerja yang dibuat amat mulia. Yelah, tanpa pekerja-pekerja pembersihan ini pasti hidup kita tidak akan selesa. Siapa yang akan mengangkat sampah-sampah di rumah kalau bukan mereka? Adakah penduduk yang akan menghantar barang-barang buangan ke tempat pelupusan? Pasti tidak bukan.. Begitulah betapa besarnya jasa mereka yang bertugas di bahagian pembersihan ini. Jadi janganlah memandang hina terhadap pekerja-pekerja di bahagian pembersihan ini.

Si Zool mempunyai sedikit pengalaman dalam kerja-kerja pembersihan ini. Walaupun pengalaman mungkin beberapa hari sahaja namun banyak benda yang dapat dikutip. Antaranya ialah :-

1. Bukan senang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di tengah panas terik. Bayangkan tengah-tengah hari tapi masih perlu membuat kerja-kerja.
2. Komuniti kawasan yang si Zool bersih tidak mempunyai usaha untuk melakukan pembersihan pada rumah yang terbiar. Mungkin mereka beranggapan bahawa rumah tersebut bukan milik mereka maka ia bukan berada di bawah tanggungjawab dan biar pihak pemilik yang membersihkannya. Malahan ada yang sebelah rumah tak sanggup mengeluarkan duit untuk meracun atau memotong rumput di rumah sebelah yang tidak berpenghuni.
3. Rumah terbiar dijadikan tempat pembuangan sampah. Banyak sampah-sampah dibuang ke rumah kosong berdekatan terutama barang terlarang. Komuniti setempat pun tak ambil peduli.
4. Makan nasi bungkus di balai raya. Kerja-kerja ala kontrak ni makan tak boleh berkira. Sebat je. Tapi bila lapar makanan biasa pun boleh jadi sedap tu.
5. Badan jadi lebih gagah. Walaupun lepas kerja badan jadi lemah namun beberapa hari lepas tu badan rasa lebih gagah.
6. Merasakan kepenatan yang dialami oleh para pekerja pembersihan. Betapa penatnya melakukan kerja-kerja yang menggunakan fizikal. Yelah, biasa duduk ofis pegang pen dan komputer je. Sesekali angkat barang memang terasa penatnya.
7. Senang tidur. Bila kerja penat, mata pun senang nak dilelapkan.
8. Kerjasama antara satu sama lain. Bila buat kerja-kerja sebegini, kerjasama antara satu sama lain diperlukan. Memang terdapat banyak tugas yang memerlukan bantuan satu sama lain.
9. Penggunaan peralatan-peralatan dalam pembersihan. Walaupun si Zool tidak menggunakan semua peralatan tapi dapat belajar barang mana yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.
10. Belajar tentang kos dan cara untuk projek pembersihan. Mana tau satu hari nanti si ZOol boleh ambil projek pembersihan dikawasan berhampiran. Lagipun, bapa si Zool memang seorang kontraktor dan mempunyai kelayakan untuk buat projek camni. Boleh masyuk sikit.. Nampaknya alasan tak mau jadi kontraktor mungkin tak relevan lah lagi nanti. Hehehe

Okay cukuplah setakat itu. Dengan bekerja pembersihan ni memberikan sedikit sebanyak pengalaman kepada si ZOol.. Ini gambar ketika kerja.

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :113