Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Image Hosting
Pemain skuasy no 1 dunia, Datuk Nicol David berjaya memenangi kejohanan terbuka British 2012 untuk kali ke 4 setelah menumbangkan pemain Mesir, Nour El Sherbini dengan 11-6,11-6,11-6. Keputusan ini telahpun dijangka memandangkan reputasi Nicol David yang cukup gah di dalam sukan skuasy ni.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik adalah pemain yang ditentang merupakan pemain berumur 16 tahun dimana pemain dari Mesir itu pastinya mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang skuasy ini. Malahan tak mengejutkan jika beliau mampu menjadi pengganti sebagai pemain terbaik skuasy selepas Nicol David.
Sebenarnya tertanya-tanya dimana pemain yang akan menggantikan Nicol David ni. Rasanya sebelum ni ada pemain seperti Low Wee Wern tapi prestasi beliau masih agak kabur lagi. Bagaimana pula dengan pemain muda skuasy yang lain?

Image Hosting
Sherbini yang baru berumur 16 tahun dan berjaya ke akhir kejohanan utama skuasy
Sekian.
Sekian.
Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :83
RSS Feed
Twitter



May 20th, 2012
zool 
