you'll be able download best movies here

Wordless Wednesday #Suasana sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Terjumpa kartun ni yang simple tapi mempunyai cerita sendiri.. Harap-harap ia bukan terkena kat batang hidung kita ye..

2178018 700b
image hosting jpg

Kredit Gambar : 9GAG

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :111

Kemalangan pelumba basikal ketika latihan di Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Kisah pelumba basikal yang mengalami kemalangan ketika menjalani latihan di Putrajaya baru-baru ini menimbulkan sedikit isu tentang keselamatan pelumba-pelumba. Insiden 5 pelumba negara yang dilanggar sebuah kereta Kancil mendapat perhatian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi jaminan untuk memperbaiki prosedur latihan skuad berbasikal lebuh raya negara. Dalam kejadian itu, seorang pelumba wanita negara, Mariana Mohamed mengalami kecederaan parah selepas patah tulang lengan, rusuk dan lutut kanannya. Menurut seorang pelumba, Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita itu merempuh pelumba selepas lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertukar hijau dan dia mungkin tidak menyedari kehadiran polis mengawal perlumbaan yang berlangsung.

Mengulas mengenai isu ini, agak terkejut juga bila kemalangan ini berlaku terhadap para pelumba negara yang menjalani latihan. Walaupun sekadar latihan, biasanya mereka akan diiringi oleh para pengiring yang sedikit sebanyak menjalankan tugas untuk mengawal traffik di jalanraya. Agak pelik, bagaimana kereta Kancil tersebut boleh terlibat dalam kemalangan tersebut. Kalau berdasarkan kenyataan salah seorang pelumba tu, mungkin ia disebabkan oleh kawalan traffik yang lemah.Sepatutnya perlu ada kawalan traffik di setiap persimpangan apatah lagi di persimpangan lampu isyarat. Pastinya ia mengundang risiko yang besar untuk berlakunya kemalangan. Apapun diharap kemalangan ini tidak melunturkan semangat pelumba basikal negara.

Sekian.

Jumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :279

Pencapaian Januari 2012 dan perancangan Februari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekejap je masa berlalu meninggalkan kita. Nampaknya 1 bulan di tahun 2012 bakal meninggalkan kita. Macammana agaknya sasaran yang diinginkan? Adakah dah nampak bayang-bayangnya? Kalau tahun-tahun sebelumnya, saya hanya melihat kembali sasaran selepas habis tahun tapi untuk tahun ini akan dicuba untuk mengenang kembali sasaran setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya dapat mengingat kembali segala perancangan pada tahun lepas. Jadi bersempena akan berakhirnya bulan Januari 2012 maka elok dikenang kembali sasaran yang ingin dicapai pada tahun ini :-

1. Sasaran bayar PTPTN RM200 sebulan – Sepatutnya untuk bulan ni dah nak bayar pada pagi semalam tapi entah kenapa website PTPTN buat hal. Takpe boleh dicuba pada hari ini. Kira masih ada peluang ni..
2. Tambahan simpanan. Buat masa ni cuma Tabung Haji dah buat potongan gaji. Yang lain belum simpan lagi. Minggu ni kena simpan sikit.
3. Susun jadual blog. Sekarang ni takde jadual khusus tapi telah mula ada waktu yang tertentu. Mungkin kena buat jadual bertulis..
4. Berat badan ideal. Masih 68kg jauh dari sasaran iaitu 55 kg.
5. Buat kad raya sendiri. Masih lambat lagi..
6. Masih mencari ….. Belum jumpa lagi..
7. Cuba khatam Quran.. Alamak, masih lalai lagi.. Mula dari sekarang. Baca sikit-sikit dulu..
8. Bayar hutang ikut jadual. Pinjaman kereta dah bayar, rumah potong gaji. Bil telefon, Streamyx dan cukai pintu belum bayar. Cukai tanah dah selesai baru-baru ni..
9. Fokus pada sesuatu. Sekarang ni hanya blog dan perniagaan kedai kraf online menjadi tujuan

Perancangan Blog
1. Pendapatan blog – Masih kurang memuaskan. Bulan ni BE Nuffnang mula tersasar. Innity masih sukar nak mendapat melebihi RM1.00 sehari. Google Adsense pun masih statik dan sukar mencecah RM0.50 sehari. Lain-lain tak nampak pendapatannya. Cuma dapat duit affiliate rahsiakambing baru-baru ni.
2. Traffik blog
Blog Rear-wheel.com telah mula bergerak. Berjaya konsisten 2++ pengunjung sehari.
Blog OhPemandu – Sasaran 500 sehari masih jauh namun peningkatan telah mula mendadak. Kalau sebelum ni nak lepas 100 pun susah. Sekarang ni dah boleh melepasi traffik tersebut, malahan mampu melepasi angka 200 pada waktu tertentu.
3. Blog ligakampung.com mendapat traffik melepasi 1,000 sehari andai ada keyword baik. Tapi pada hari biasa masih mampu mendapat 800-900 sehari.
4. Blog kedaikraft. Takde sasaran untuk blog ni. Cuma nak dapat jualan kraftangan online. Untuk bulan ni tiada jualan..
5. Blog niche kesihatan dan kewangan – traffik telah mula melepasi 50 seperti sasaran namun perlu ditingkatkan.

Itu adalah beberapa pencapaian pada bulan Januari 2012. Untuk bulan Februari beberapa aktiviti yang dirancang adalah :-

1. Nak buat peraduan. Kalau sebelum ini buat peraduan kedaikraft untuk meningkatkan jualan dan ianya gagal tapi kali ini mungkin akan buat peraduan yang lebih mudah dan matlamatnya adalah untuk mempromosikan blog kedaikraft dan fb Craftzee. Harap-harap berjaya.
2. Cuba menjual stok beg kraftangan yang masih tinggal. Selain itu, mungkin akan menjual barang kraftangan yang lebih berpotensi seperti keychain atau barang perhiasan yang agak comel…

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin masih terlalu awal untuk sasaran tersebut dicapai namun itu bukan bermakna perlu leka. Usaha perlu dilakukan dengan lebih gigih lagi. Doakan saya semoga berjaya mencapai sasaran ye..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :128