Pacquiao harap sambutan melebihi sambutan Muhammad Ali

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Bintang tinju dunia, Manny Pacquiao meletakkan harapan tinggi agar pertarungannya menentang juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse pada 15 Julai depan di sini, mendapat sambutan hangat melebihi ketika aksi melibatkan legenda tinju, Muhammad Ali di Stadium Merdeka pada 1975.

Lucas Matthysse, lawan yang bakal dihadapi oleh Pacquiao

Pacquiao, 39, yang akan membuat kemunculan semula di Axiata Arena di sini, setelah hampir setahun selepas gagal mempertahankan tali pinggang berikutan keputusan sebulat suara, di tangan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lepas, sudah tentu mahu menjadikan pertarungan itu aksi yang dinanti-nantikan.

“Kita sudah mendapatkan aksi pertarungan terbesar di Malaysia selepas 43 tahun, sejak pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner pada Julai 1975,” kata Manny kepada Bernama dalam kenyataan yang dikeluarkan MP Promotions and Events.

 

Senator Filipina itu, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, dengan 11 kejuaraan utama, sudah memenangi 59 (38 knockout) daripada 68 pertarungan dalam kariernya.

Sementara itu, peninju agresif berusia 35 tahun Matthysse yang amat teruja menentang Pacquiao, sudah memulakan latihan bersama Joel Diaz untuk pertarungan itu yang digelar ‘Fight of Champions.’

“Inilah pertarungan yang saya sentiasa mahukan. Peluang menentang bakal anggota Dewan Kemasyhuran seperti Manny ‘Pacman’ Pacquiao memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha keras daripada sebelum ini untuk meraih kemenangan bagi peminat saya…..
– BERNAMA

Agak-agak berapa harga tiket nak tengok aksi Pacquiao ni? Mesti ribu-ribu juga ni. Aksi sukan tinju bukan murah-murah tu. Apapun admin memang kagum dengan kemampuan Pacquiao yang berjaya pergi hingga ke peringkat dunia. Bukan mudah bagi peninju Asia Tenggara untuk memecah tembok sukan yang biasa dikuasai oleh negara Amerika Selatan ni. Sesuatu yang bukan mudah dan pasti banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Pacquiao ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.