Pacquiao bakal beraksi di Malaysia

Lagenda tinju dari Filipina , Manny Pacquiao diberitakan akan datang ke Malaysia untuk beraksi. Petinju berusia 39 tahun yang pernah menjuarai kejohanan dunia tinju bagi kategori Welterweight itu diberitakan akan melakukan aksi pertarungan samada dalam bulan Mei atau Jun di Malaysia.
Pencabarnya samada juara WBA Welterweight dunia, Lucas Matthysse atau Danny Garcia.

Dalam satu kenyataan di ABS-CBN, beliau menyatakan ingin bertarung di Malaysia. Pacquiao yang mempunyai rekod 59-7-2 38 KO ingin bertarung dengan Matthysse (39-4 36 KO) untuk kejuaraan WBA itu/
Pertarungan di Malaysia pasti menarik untuk peminat sukan tinju apatah lagi ia merupakan permintaan bagi para peminat yang ingin menyaksikan Pacquiao secara dekat.

Jadi yang berminat tu bolehlah kumpul duit dari sekarang sebab tiket mesti ribu-ribu tu..

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Pacquiao bakal beraksi di Malaysia

Leave a Reply