Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mungkin ramai yang mengetahui tentang makna ‘otai’ tapi tentang ‘kotai’ mungkin tak pernah didengari. Sebelum bercerita tentang kotai elok rasanya memberi sedikit pengenalan. Mana tau kalau ada di antara anda yang masih kurang arif tentang perkataan ‘otai’ ni.
‘Otai’ adalah sebuah filem lakonan Saipul Apek.

He he ehe.. Sori gurau je..
Melalui pengalaman dan pengamatan saya perkataan ‘otai’ ni diubahsuai dari perkataan omputeh ‘old timer’ yang bermaksud ‘orang lama’ (Sekiranya takrifan ni silap sila betulkan ye ‘otai-otai’ ye). Berkenaan ‘otai’ ni, ianya menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat dalam sesuatu bidang. Kadang-kadang tak semestinya orang tu perlu menjadi ‘orang lama’ untuk dikenali sebagai ‘otai’. Dalam arena blog Khai , Topo telah digelar ‘otai’ walaupun umur masih muda lagi ( masa si Zool bersunat, diorang masih menyusu lagi kot.. Jangan mare bro.. ).. Tapi kehebatan memasing menyebabkan saya terpaksa tabik spring 12 kali.. Okay cukup dengan otai pergi ke perkataan kotai pula..
Kalau anda duduk kampung mungkin pernah dengar tentang perkataan ini terutamanya kalau ada pokok kelapa terbentang luas di rumah. Kotai yang menjadi siulan orang kampung si Zool adalah berkenaan dengan kelapa tua yang gugur dan hampir tamat tempoh luputnya. Biasanya kelapa kotai ni sesuai dibuat santan tapi kena semak dengan melihat keadaannya. Kalau kelapa tu dah busuk takkan nak buat santan plak.. Sakit perut nanti..
Kebiasaanya dalam perut kelapa kotai ni akan ada ‘tombong’. Korang tau tak apa dia? Tengok gambar bawah ni..
Gambar Dipinjam dari PutraPutriBinda
Biasa selepas ‘mengopek’ kelapa dan memotongnya adalah tombong ni. Boleh dimakan dan sedap rasanya tapi kalau dah besar sangat tak best. Untuk pengetahuan anda, makin besar tombong rasanya kureng.. Sebab tombong tersebut akan menyerap air kelapa yang semakin tua..
Amacam sekarang dah faham tak perbezaan antara otai dan kotai? Pengertiannya hampir sama cuma subjek yang berbeza. Sekian…
p/s :- Update terbaru 4.12.09 10.58
Terjumpa sebuah blog dari Ritah Yahya yang mengupas mengenai otai atau kotai. Menarik gak..
RSS Feed
Twitter



December 3rd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Pass by from Innit! Have a nice day!
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 01:05
thanks..
Reply
thanks ye, visit blog i. great blog u ade ni… thanks for comment kat blog i. dah reply dah! and clicked your ads too… ^^ have a nice day!
*trying to write in malay. failed! haha*
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 01:07
thanks 4 visit ..
er.. just an advice. Don’t click ads if no intention about the ads..
Reply
oh info ni baru aku tahu
jahil betul
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 01:08
ko budak generasi baru.. mana kenal buah kelapa ni..
Reply
disebabkan ibu aku pun org melaka..mustahil la aku tak tahu benda ni..klu negeri lain pun..mst dorang tahu lah punya..hehehe..klu kat kg..benda tombong tu ni mmg dorang mkn..hmm..sedap ke x..tahu lah plak aku..sbb aku sndr tak penah lg rasa..haha..tp rasa dia ala2 lemak gitu..hi hi hi =p
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 01:09
negeri org lain tak tau plak..mungkin dia panggil lain kot..
ye benda tombong ni lemak2 tapi kalau dah tua sgt tak sedap air banyak berkumpul.. ala try je la.. nak dtg umah. tu pun kalau ada buah kelapa jatuh la
Reply
tombong tu sedap tu..yg kecik2 baru tumbuh
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 08:00
yup.. memang best…
Reply
nak tahu tak, kalau kat kelantan, istilah kotai ni disebut sebagai tuuut (censored)… hikhik~
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 09:51
ooo. biasalah tempat dan bahasa berbeza.. mungkin pengertiannya pun lain gak…
maksudnya tak boleh la cakap kelapa kotai kat kelantan ek??
Reply
beliamuda
Reply:
December 4th, 2009 at 09:57
kalau cakap kelapa kotai, sah2 orang tak paham..
nak sebut perkataan yang dimaksudkan tu boleh je.. cme dalam kegunaan di negeri lain, ayat tu akan jadi censored.. berlawanan dengan kes “mengopek” tu..
Reply
farahaznil
Reply:
December 4th, 2009 at 11:37
haha..jd benda yg terkutai-kutai tu…ekekekekeke
Reply
Salam bro,
lama dah tak beri komen kat sini… hanya sekadar singgah dan baca aje… (dasar parasit!)
mula tadi ingatkan kotai tu yg ehem-ehem tu… bunyi dekat sama je… heh! maaflah ye… pagi-pagi dah berfikiran lucah!
Reply
zool
Reply:
December 4th, 2009 at 10:49
tak tau plak yang ‘kotai’ tu benda lucah .. mungkin sebutan kat tempat lain berbeza.. ni bahasa org melaka dan kawasan sekitarnya ye..
Reply
Tombong?Dah lama tak makan…Lupa,masa kecil2 dulu panggil apa..sedap tombong tu..huhuhu..kat KL ni mana ble cari ye?
Reply
farahaznil
Reply:
December 4th, 2009 at 14:52
kat kedai runcit pun ada..time2 nak parut kelapa tu..mintak la..hehe
Reply
adakah saya kotai?? bahaha
Reply
salam kembara bro..
lama haku dah x mendengar generasi baru sekarang menyebot kelapa kotai dan tombong kelapa..
nostalgia..
pantang kat rumah atau di kedai membelah kelapa..
mesti tanya ada tombong ke x..
ngee..
p/s : x-pac utk ko n salam persahabatan..
Reply
wah menarik…
dah lama tak makan tombong…
dulu suka makan…
tapi sekarang ni baru tahu nama dia tombong…
teringin gila nak makan..
=]
thanks singgah blog
Reply
Baru tahu.kalau tak terjumpa blog ni.tentu sampai sekarang tahu.
Reply