LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Orang terkaya di Asia berbelanja billion untuk beli sampah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mesti pelik je kan. Apasal pula beli sampah pula? Biasa orang ada duit berbillion beli kereta, rumah tapi pakcik Li Ka-shing ni beli sampah pula.Tapi beli sampah bukan saja suka-suka tapi untuk pelaburan. Taikun besar dari China ini telah membeli syarikat rawatan sampah dikenali sebagai AVR dengan harga $1.26 billion (untuk RM korang convert kat sini ). Rupa-rupanya syarikat AVR ini bukan hanya merawat sampah tapi juga merupakan syarikat yang menjana sampah kepada tenaga terbesar di Belanda dimana sampah-sampah tersebut dibakar dan menghasilkan haba elektrik

Sesuatu yang menarik apabila sebelum ini juga beliau dengan syarikatnya, Li’s Cheung Kong Infastructure Holdings (CKI) telah membuat pelaburan yang sama di New Zealand apabila membeli syarikat yang hampir serupa iaitu EnviroWaste dengan harga $501 juta. Selain potensi tenaga, potensi perindustrian sampah agak besar dimana terdapat beberapa negara Eropah yang mengkehendaki pembuang sampah membayar sampah lebihan.

Sumber :- Your Financial via The Atlantic

Saja je saya menulis artikel yang agak lain dari biasa. Cuma apa yang boleh kita lihat betapa bijaknya orang kaya ini mengambil peluang dalam bidang perniagaan. Selain dari itu, ini menunjukkan pada masa hadapan mungkin kita akan berkira-kira nak buang sampah.
Kalau anda kaya, adakah anda akan melakukan pelaburan yang sama seperti beliau ?

Sekian.

p/s : Sesekali tulis pasal orang kaya pula.. Tak salah kan orang kampung bercita-cita nak jadi kaya.. Hehehe

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Orang terkaya di Asia berbelanja billion untuk beli sampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)