Orang miskin ada kereta perlu dibantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini banyak isu yang dipaparkan dalam suratkhabar. Dari isu selsema babi, doktor mengulau dan sebagainya isu yang hangat.. Tapi rasanya saya lebih tertarik dengan tajuk ” Orang miskin berkereta perlu dibantu?”..

Sedikit petikan Utusan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mengkaji semula kaedah bantuan kepada kumpulan sasar kerana orang yang memiliki kereta mungkin berhak menerima bantuan.
Katanya, masalah yang membabitkan kumpulan berkenaan iaitu orang miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit mesti diberi perhatian sewajarnya.

Katanya, bantuan yang disalurkan perlu realistik kerana pada masa ini memiliki televisyen atau peti sejuk bukan lagi boleh dianggap barangan mewah.

Malah katanya, memiliki kereta atau motosikal juga merupakan keperluan dan perlu diambil kira oleh JKM.

Berita Penuh

Saya akui memang kenderaan adalah keperluan kepada individu tetapi pertolongan yang diberikan perlu dengan bimbingan. Dan bukan sekadar membagi sahaja.. Budaya subsidi sebenarnya tidak akan membantu mereka keluar dari kemiskinan, sebaliknya bantuan dari segi ilmu, kemahiran itu lebih penting..

Bercerita tentang orang berkereta juga boleh dikategorikan miskin.. Ia juga perlu disemak.. Adakah mereka yang memakai kereta baru yang membuat pinjaman bank boleh dikategorikan miskin?? Adakah orang yang duduk bersila menonton ASTRO di kaca TV SOny Bravia 40 inci yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat masih miskin??

Sebenarnya dari segi memberi bantuan bukanlah mudah.. Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, saya sering mendengar rungutan dari mereka yang bekerja di bahagian Kebajikan dengan karenah orang yang dikatakan ‘miskin’. Bila kita tawarkan rumah pangsa di kawasan sedikit jauh dari bandar, sanggup menolak dengan berbagai alasan.. Bagi tingkat 4, tak mau sedangkan umur masih muda..

Jadi rasanya pihak Kebajikan perlu meneliti dengan telus dan berhati-hati bagi memastikan penerima memang sebenarnya layak.. Memang susah tapi itu yang perlu diberi perhatian.. APa pendapat anda tentang artikel tersebut??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :764
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Orang miskin ada kereta perlu dibantu”

  1. KujieNo Gravatar says:

    OKU perlu ada kereta, sbb perkhidmatan awam tidak mesra OKU. Ttg Astro tu… bukan keperluan kot.

    Reply

  2. AdryNo Gravatar says:

    herrmmm memang perlu dikaji betul betul ni… sedangkan duit penerima duit zakat untuk fakir miskin pun orang berebut.. sanggup mengaku fakir sedangkan TV kat rumah 3 biji…. ish ish ish… manusia manusia… tak takut langsung ngan hukum Allah..

    Reply

  3. catzerNo Gravatar says:

    Orang yang mengambil hak org yg lebih layak sememangnya sukar dibendung cuma pengetahuan Agama dan kesedaran civik jer yg dpt membantu mereka berfikir lebih normal dan mendahulukan org yg lebih memerlukan.

    Reply

  4. acaiNo Gravatar says:

    Benda camni kekadang di atas kertas mmg logik dan nampak mudah..tapi dipilak perlaksanaaan mmg agak sikar dilaksanakan..pengalaman aku kerja sini, terlalu ramai orang menipu dalam bermacam cara untuk mendapatkan bantuan zakat sedangkan mereka mmg tak layak..

    Mereka tak takut langsung terima duit zakat sedangkan ia mmg hanya untuk asnaf..sbb zaman sekarang org sanggup buat apa je semata2 untuk dapatkan duit..:)

    Satu cara yang aku rasa dapat membantu ubah cara orang seperti ini berfikir ialah pendidikan..selagi pemikiran mereka masih begitu masalah camtu mmg takkan pernah selesai..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Betul2..
    Aku kat bahagian Perumahan ni pun selalu alami masalah camtu…
    Semua mengaku susah nak sewa rumah kerajaan tapi umur muda2 belaka..
    Sepatut rumah tu sementara tapi ramai yang dah berkereta besar masih tinggal..
    Nak jadi hak sendiri..
    mentang2 rumah tu dekat ngan Bus Stand

    Reply

  5. NadNo Gravatar says:

    Klu kat Negeri Selangor, org yg gaji RM1,500 dn kebawah adalah org miskin. So, org yg gaji tu hanya mampu bli rumah murah, kete murah terutamanya kete tempatan, astro pakej rm37.95/sebulan. Tv takde jenama. So, dikira miskin lar tu sbb semuanya murah x mampu nak bli yg mahal. Yelah, sbb nak bayar mcm2 seperti tol lar maklumlah kt selangor ni semuanya lebuhraya berTol, belanja rumah dll. Klu org yg da kawin lagi teruk.

    Reply

Leave a Reply