Orang kaya sombong bongkak , miskin bodo sombong

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin sama-sama berkongsi mentaliti segelintir orang Melayu.. Almaklumlah saya bekerja dengan ramai manusia.. Jadi memang macam-macam ragam yang berlaku samada di dalam pejabat mahupun diluar..

Sebenarnya ayat diatas merupakan perkataan yang pernah di sebut oleh senior di pejabat saya (lebih kurang kot).. Mungkin ada sesetengah dari kita yang kurang setuju dengan ayat diatas… Tapi realitinya ia memang berlaku.. Anda pernah mendengar perumpamaan ‘kera mendapat bunga’? Bagi mereka yang mendapat A1 bagi subjek Bahasa Melayu ketika SPM sudah pastinya memahami intipati maksudnya.. Walaubagaimanapun saya akan cuba menerangkan melalui pemahaman saya.. Pepatah diatas menunjukkan bahawa si kera yang kurang cantik paras rupanya tetiba mendapat suatu benda yang cantik dan ia lupa pada asal usulnya ( betulkan kalau salah saya Bahasa Melayu C4)… Saya bukan nak mengupas kelapa pepatah tersebut sebaliknya lebih kepada menilai tentang kehidupan kita.. Dan pepatah tersebut berkait rapat dengan topik diatas..

Dalam kehidupan kita seharian sudah pasti kita akan berjumpa dengan orang-orang yang kaya, bergaya dan macam-macam ..ya (tak termasuk kacang soya ek.)lagi.. Sebenarnya terdapat banyak manusia yang dulunya susah kemudian menjadi sombong dan bongkak apabila berada di atas.. Mungkin kita pernah dengan cerita di zaman Rasulullah mengenai Sa`labah Bin Hatib .. Begitulah betapa manusia yang telah diberi kesenangan olehNya menjadi manusia yang bongkak.. Dalam zaman yang materialistik memang ramai individu yang bersifat seperti Sa’labah.. Ada individu yang secara terpijak di anugerahkan Allah kejayaan.. Dari pangkat kerani berjaya menduduki jawatan tinggi.. Ada yang bersyukur tapi tak kurang yang makin mendongak ke atas.. Bagi lelaki kaya sibuk mencari artis-artis untuk menjadi pasangan manakala yang perempuan sibuk dengan aktiviti shopping.. Paris lah, Los Angeles, Jepun, Afghanistan semua disinggahinya untuk menunjukkan betapa banyaknya duit.. Huh..

Ok cukup pula dengan yang kaya kita tengok pula dengan yang miskin.. Masa dulu2 zaman muda-muda saya selalu ingatkan bahawa orang miskin selalunya akan bersyukur.. Berusaha memerah keringat untuk menjadi lebih baik tapi pabila dewasa tidak semua itu benar.. Saya sendiri pernah melihat betapa buruknya perangai individu-individu ini.. Ada yang menggunakan taraf OKUnya untuk meminta-minta.. Yang sekadar sedikit tempang dan masih bertenaga hanya duduk di kedai kopi melepak sambil mengharapkan simpati dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi lain.. Sedangkan rakan-rakan mereka yang dari kecil dilahirkan OKU terus mengorak langkah menjadi insan berjaya..
Bukan setakat yang OKU sahaja, kadang-kadang yang cukup sifat pun tidak mahu keluar dari kepompong dan mengharapkan subsidi samada dari Kerajaan mahupun NGO.. Mungkin ada diantara anda yang kurang percaya dengan apa yang ditulis tapi inilah realiti yang saya hadapi.. Malahan ada yang berhutang rumah tapi lagaknya mengalahkan orang yang bayar sempurna.. Boleh berubah ke mereka?? Wallahualam.. Harap-harap kita tidak berada dalam lingkungan mereka ini..

p/s :- Sedikit beremosi dalam keadaan kepenatan menghantar bil rumah Pangsa.. 2 Blok woo.. Kalau tiap-tiap ari buat camni mau badan kurus cam Saiful Apek / Nabil..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :952
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Orang kaya sombong bongkak , miskin bodo sombong”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    hehe rileks bro. hehe :)

    Reply

  2. d2zNo Gravatar says:

    sbnya kan, aku pernah cakap dgn orang yg meminta2 duit nih..sifat semua sempurna ja bagi aku tp dia xnk kerja..dia ckp minta2 duit nih lagi byk dapat banding dgn dia kerja..xpenat pon minta2 nih dia ckp..*haish~

    Reply

  3. smaelzNo Gravatar says:

    inilah yg sygn sgt dalam dunia kita.. kalu dpt lebih belagak, dpt sikit mengamuk.. macam2 hal.. dasarnya ialah buangkanlah sifat malas tuh

    Reply

  4. uzairNo Gravatar says:

    sabar zool sabar…aku pun xbalik lagi nih..dah kul 11.40 malam..siot tol..banyak paper..

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    aku selalu mengambil pendekatan apa yang kita lakukan bila melibatkan kemarahan, tiada gunanya (nothing kata omputih).

    kena banyak bersabar huhu.

    Reply

  6. shaxxNo Gravatar says:

    namanya manusia… cam tu lah… btw, BM saya pun C4… lalala…

    Reply

  7. NR YuMmiENo Gravatar says:

    terpanggil untuk membaca entry ni…

    nak lepaskan perasaan ke kawan?…baca tajuk je dah rasa dah kehangatan isi kandungan. Sib baik tak panjang berjela2 dia menulis..hehehe

    Reply

  8. KujieNo Gravatar says:

    Kalau org jenis tak nak dengar nasihat org
    rasa dia selalu dlm ‘zon selamat’
    mmg mcm tu…rasa dia cukup segala…cukup dah
    tak perlu fikirkan org/persekitaran lagi

    Reply

  9. zoolNo Gravatar says:

    KNizam –> kadang2 tak boleh nak rileks. hangat je rasa.. nak bertukar jadi orang SUper Saiya ni.. Wargh!!
    d2z –> byk kes camni yang aku hadapi..
    smaelz –> tu le resmi manusia. susah nak tengok manusia resmi padi ni..
    uzair –> apa nak buat ek..
    megat –> sabar le ni.. tapi iman tak cukup kuat.. kena lepaskan gak.. blog ni le jadi mangsa.. yang kesian subscriber yang terpaksa baca..
    shax –> he he he.. kita serupa.. kita serupa..(nyanyikan dalam irama lagu Headwind)
    NR Yummies –> he he he. biasalah.. nak kek satu..
    Kujie –> ye lah.. manusia macam2 hal..

    Reply

Leave a Reply