Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ong Kim Swee dipilih jurulatih kebangsaan : Apa yang perlu dibuat ?

Seperti yang semua sedia maklum, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih baharu bagi skuad bola sepak kebangsaan.
Keputusan yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas FAM, Datuk Mokhtar Ahmad selepas sessi temuduga tiga calon yang disenarai pendek untuk jawatan tersebut.
Antara yang terlibat ialah Kim Swee, Bojan Hodak (bekas jurulatih JDT, Kelantan) dan Roberts Alberts (bekas jurulatih Sarawak, Kedah). Ong Kim Swee ditawarkan kontrak selama 2 tahun untuk membawa perubahan terhadap prestasi skuad bola sepak kebangsaan.

FAM telah meletakkan 3 sasaran utama buat jurulatih baharu skuad Harimau Malaya. Antaranya ialah layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019, melonjakkan ranking FIFA dari 171 ke ranking 140 serta muncul juara Piala Suzuki AFF 2016 yang bakal berlangsung pada November depan.
Ong Kim Swee pula menerima cabaran berat itu dan telah memiliki beberapa perancangan yang tersendiri dan akan memberikan fokus bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu.

ong-kim-swee

Selaku jurulatih kebangsaan yang baharu, pastinya Ong Kim Swee perlu melakukan banyak perkara seperti :-

1) Pemilihan pemain. Selaku jurulatih, pemilihan pemain yang berkualiti amat diperlukan. Beliau perlu mencari pemain yang dalam ‘on form’ dan bukan hanya berdasarkan sentimen sahaja. Mungkin beliau ada pemain yang dilatih ketika mengendalikan pemain bawah 23 tahun sebelum ini namun beliau perlu mencari yang TERBAIK.
Selain dari pemain dalam Liga Malaysia, beliau juga boleh memanggil beberapa pemain yang beraksi di luar negara. Mungkin tak banyak tapi ada yang mempunyai kualiti lebih baik dari pemain tempatan. Selain itu pemilihan juga tidak sepatutnya tertumpu pada barisan pemain di Liga Super sahaja. Ada juga pemain berkualiti di Liga Perdana, malahan tak mustahil ada yang datang dari Liga FAM atau bawahan.
Yang penting adalah mendapatkan pemain yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

2) Mencari perlawanan bertaraf A. Untuk mendapatkan ranking terbaik, Ong Kim Swee perlu mencari perlawanan samada persahabatan ataupun kompetitif yang menjanjikan mata. Bermain menentang pasukan kelab antarabangsa bukanlah satu idea yang baik. Lebih baik menentang pasukan sama taraf dan perlawanan persahabatan berkelas A. Mungkin ianya adalah satu loncatan untuk mendapatkan mata bagi mencapai sasaran ranking 140 dunia.

3) Mencari strategi sesuai untuk pasukan. Kalau kita tengok cara taktikal Ong Kim Swee, ianya banyak berubah berdasarkan lawan. Mungkin ia adalah satu pendekatan yang bagus namun beliau perlu mencari kekuatan pada pasukan kebangsaan. Kekuatan taktikal yang utama mampu membantu para pemain menyesuaikan diri dengan sistem permainan. Konsistensi mampu dilaksanakan seandai para pemain selesa dengan sistem yang diterapkan.

4) Mencari jurulatih yang sesuai bersama. Sebagai ketua jurulatih, beliau mempunyai barisan jurulatih yang boleh membantu untuknya mengembangkan bakat-bakat para pemain. Ini penting untuk beliau melaksanakan tugasnya dengan baik. Melalui jurulatih tertentu akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pemain itu.

5) Bekerjasama dengan jurulatih samada dalam liga tempatan ataupun luar. Ong Kim Swee perlu mendapatkan sebanyak mungkin ilmu bagi membantunya meningkatkan lagi mutu persembahan pasukan kebangsaan. Ia juga penting untuknya mencapai sasaran yang diinginkan oleh FAM dan penyokong.

Ini antara 5 faktor yang perlu diambil perhatian oleh Ong Kim Swee. Beliau juga boleh mendapatkan pandangan luar termasuk para penyokong dalam membentuk pasukannya. Semoga dengan pelantikan ini akan membantu meningkatkan lagi mutu pasukan bola sepak negara di mata dunia.

Beliau juga perlu memastikan imej negara tidak lagi tercalar apabila menentang pasukan handalan. Dalam tempoh 2 tahun ini, diharap pasukan negara mampu bersaing dengan pasukan handalan Asia. Semoga berjaya Datuk Ong Kim Swee.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Ong Kim Swee dipilih jurulatih kebangsaan : Apa yang perlu dibuat ?

  1. wah pelatih baru ya ?? 😀
    lama tak jumpa indonesia
    saya senang sekali menonton pertandingan indonesia vs malaysia, karena pertandingan ini pasti selalu seru dan keras :D:D

    semoga sukses dengan pelatih barunya !!!
    salam dari indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)