LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ong Kim Swee bakal di lucut jawatan ?

Jurulatih skuad Harimau Muda yang pernah menjadi pengendali sementara Harimau Malaya dikhabarkan akan dilucutkan jawatan membimbing skuad Harimau Muada A. Menurut sumber, jurulatih yang membawa skuad muda negara meraih pingat Emas Sukan SEA 2011 itu bakal dilantik sebagai pencai bakat FAM. Dikhabarkan juga bahawa jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail akan menggantikan jurulatih kelahiran Melaka itu. Malahan berdasarkan pencapaian Harimau Muda B di Liga Singapura, prestasi Razip Ismail tidak cukup baik .

Razip Ismail selain mengemudi pasukan Harimau Muda B di Liga Singapura juga akan memberi tumpuan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala AFC dengan undian bakal berlangsung Khamis ini..

razip-ismail

Ketika ini, Ong Kim Swee ditugaskan memantau pemain bawah 23 tahun dalam saingan domestik untuk diserapkan ke skuad Sukan SEA 2015 di Singapura nanti.

Sumber : Kosmo //

Satu isu yang mungkin akan hangat diperkatakan bagi peminat bolasepak negara. Secara peribadi, saya merasakan mungkin Ong Kim Swee perlu beralih arah untuk menimba pengalaman baru dalam kancah bolasepak. Mungkin sudah tiba masanya untuk beliau mencari haluan baru samada dengan pasukan bolasepak di Malaysia mahupun di luar negara. Secara peribadi, mungkin melatih pasukan di luar negara akan lebih banyak membantu beliau menimba lebih banyak pengalaman berbanding melatih pasukan tempatan. Manakala bagi FAM pula, rasanya jika ingin menggantikan Ong Kim Swee, perlulah mencari jurulatih yang lebih terbukti pencapaiannya. Bukan menidakkan kemampuan Razip Ismail namun pencapaiannya belum cukup terbukti untuk memikul tanggungjawab melatih pasukan muda negara di peringkat tertinggi. Sekadar pandangan peribadi sahaja..

p/s : Berita terkini, Razip Ismail menafikan mengenai pertukaran jurulatih Harimau Muda A dan tidak menerima sebarang arahan rasmi dari FAM .. Apa cerita sekarang ni?

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Ong Kim Swee bakal di lucut jawatan ?

  1. No komen.. Saya cuba mengharap yang terbaik untuk pasukan Bola Sepak Kebangsaan… Supaya boleh menaikkan semula kualiti permainan bola sepak pasukan Malaysia..

  2. apapun tahniah malaysia atas kejayaan tempoh hari… memang berbakat besar ong kim swee …mudahan dpt spot player yg power lps ne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)