LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Olahraga : Jurulatih Asing atau Berlatih di Luar Negara

Baru-baru ini Jamal terbaca tentang cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk membawa masuk jurulatih dari Amerika Syarikat (AS) bagi melatih atlet pecut negara.
Calon yang dicadangkan oleh pihak KOM iaitu David Patrick yang merupakan bekas atlet lompat pagar AS bagi menyandang jawatan ketua jurulatih negara.
Jamal baca biodata David Patrick ni dimana beliau pernah beraksi dalam acara 400 meter berpagar ketika pada Sukan Olimpik 1992.
Kalau ikut portfolio sebagai atlet, memang nampak Patrick ni agak berjaya. Dari segi kejurulatihan pla diberitakan beliau mempunyai 16 tahun pengalaman.
Bukan calang-calang pengalaman tu tapi nampaknya ia kurang dipersetujui terutama oleh jurulatih tempatan.

Jurulatih pecut negara yang melatih Khairul Hafiz Jantan, Mohd Poad Md Kassim antara yang lantang dengan keputusan itu. Beliau menyifatkan cadangan itu kurang bersesuaian sebaliknya menyifatkan lebih baik menghantar atlet berlatih di AS.
Jamal sememangnya antara yang bersetuju dengan pendapat Mohd Poad. Ini kerana kalau kita lihat kembali, bayaran gaji jurulatih mungkin lebih tinggi berbanding menghantar pemain ke AS. Selain itu jika berlatih di luar negara ia akan menghasilkan persaingan yang lebih kompetitif berbanding di Malaysia.
Tengok sahaja prestasi atlet Indonesia yang dihantar ke AS seperti Lalu Zohri yang kini bergelar juara dunia Remaja. Bukan sahaja datang dari bakat tapi juga kesungguhan persatuan olahraga Indonesia yang ingin menghasilkan bakat-bakat olahraga mereka.
Dengan fasiliti dan kaedah pemakanan yang ketat di AS pastinya mengubah persepsi atlet olahraga negara yang sering menjamah makanan yang tidak sesuai untuk sukan olahraga.

Ia juga memberikan pengalaman yang berguna sekiranya jurulatih tempatan juga terlibat dalam program ke AS. Pengalaman melatih di sana akan memberikan impak positif berbanding beraksi di arena tempatan. Lagipun sebelum ini banyak jurulatih luar yang memberikan tunjuk ajar kepada atlet Malaysia namun pencapaian mereka menjadi statik.
Kita lihat juga sebelum ini kita mempunyai atlet seperti Watson Nyambek, Azmi Ibrahim dan Nazmizam satu ketika dahulu. Pada ketika itu persaingan antara mereka pada usia muda menyebabkan ramai menjangkakan atlet pecut mampu bersaing di peringkat Asia namun ia tidak menjadi kenyataan dan hanya setakat di peringkat ASEAN sahaja.
Kenapa? Adakah mereka tidak berbakat? Jamal rasa mereka mempunyai bakat namun persaingan hanya antara mereka dan tidak di peringkat yang lebih kompetitif lagi.

Jamal nak tengok apa pilihan yang dilakukan oleh KOM. Semoga pilihan akan memberikan keutamaan terhadap prestasi atlet dan bukan pada benda lain ye…

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)