OhPemandu
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bukanlah nak tiru ohbulan atau ohartis atau ingin membina satu blog tentang kenderaan selepas rear-wheel tapi sekadar artikel tentang situasi yang mungkin pernah dihadapi oleh anda atau saya sebagai seorang pemandu. Tapi kalau anda nak buat blog atau website dengan tajuk ‘ohpemandu’ amat digalakkan. Tapi bagila sikit royalti kat si Zool ye.. He he hehe..

Tanpa banyak bermukadimah berikut merupakan situasi yang mungkin sedikit menjengkelkan ketika di jalanraya :-
1. Menunggang motosikal ketika hendak nak ke masjid. Berkain pelikat cap Ayam yang dibeli di Langkawi, baju melayu colour ‘pink’, kopiah hijau pemberian x-admire 10 tahun lalu.Tiba-tiba sampai kat simpang empat ber’traffic light’. Tunggu dekat 5 minit lampu tak hijau-hijau, sebelah kanan kiri dah 2-3 kali jalan. Azan plak dah habis tu… Pandang kiri dan kanan tengok takde kenderaan, rempit sekali terus jalan.. Salahkah anda???
2. Di traffic light lagi, kali ni membawa kereta. Simpang empat, satu belum dibuka lagi. Lampu hijau pun menyala, tiba-tiba melintas pakcik menunggang motosikal melintas dari satu simpang yang belum dibuka tu.. Terkujat la kejap. Nasib baik tak terlanggar. Kalau tak sia-sia je jadi pembunuh di bulan Ramadhan …
3.Tiba-tiba ada kereta dengan pecutan ala-ala Alex Yoong memotong dari sebelah kiri. Bukannya tak diberi ruang kat sebelah kanan tu…
4.Tengah nak keluar dating, tiba-tiba betul-betul depan jalan nak keluar rumah ada kereta block perjalanan keluar. Terpaksa bunyikan hon.. Tu pun buat tak faham je…
5. Sempoi je bawa kereta sebelah tangan. Sebelah tangan dilunjurkan. Kereta kat belakang ni cuak je nak potong. Ingat kat Hawaii ke?
6. Sekali dah terlewat nak ke pejabat, tiba-tiba depan ada bajak ( orang bandar kat JCB) atau lori besar, nak lagi best depan lori sampah. Dah le lambat sekali perut plak memulas.. Mesti sebab malam tadi makan sambal banyak ni.. Adoyai.. sakit perut woo..
7.Jalan jem. Tiba-tiba enjin mati plak. Cuba start tapi tak boleh gak.. Nak lagi best, hujan lebat mencurah-curah .. Waduh.. Waktu ni panas ke sejuk??
8.Pegi tempat yang tak pernah di pegi. Tiada GPS sekali sesat. Tanda jalan plak tak de.. Jalan punya jalan dah nak Maghrib. Sekali jumpa papan tanda. Tapi, lokasi nak pergi Kuala Sungai Baru, Melaka tapi papan tanda tunjuk Pontian, Johor. Berapa punya jauh dah…
9.Kereta baru basuh kat kedai ‘Joe Car Wash’. Siap dengan kilat sekali. Sekali baru 1 minit bergerak hujan lebat mencurah-curah. Lagi best, jalan pula banjir dan anda tersekat kat situ.. Bengang ke bengong jadinya??
10. Balik kampung untuk hari raya dari Shah Alam ke Melaka. Tunggang motosikal Yamaha Sports sorang-sorang. Tengah jalan ke Dengkil hujan turun mencurah-curah… Terpaksa berhenti ‘RNR Dengkil’. Hujan reda teruskan perjalanan. Singgah di Seremban siap mandi dulu.. Lepas tu teruskan perjalanan. Tak sampai 10 km datang hujan lagi. Rempuh je la apa lagi. Basah kuyup tak boleh nak cerita.. Asal jangan kena kayap sudahlah.
Okay cukuplah setakat ini. Mungkin anda ada idea untuk ditambah bersama. Layan kan..




















September 2nd, 2009 at 2:39 am
adeh macam-macam hal (ha3)
[Reply]
September 2nd, 2009 at 3:07 pm
hahaha… lawak plak
[Reply]
September 2nd, 2009 at 6:58 pm
banyak lak situasi neh.. pengalaman sendiri ke?
[Reply]
zool
Reply:
September 2nd, 2009 at 7:13 pm
ada yang pengalaman sendiri.. ada yang cipta je..
[Reply]
September 2nd, 2009 at 8:18 pm
Salam ziarah..
baguih blog ni..mcm2 ade..
tp xleh nk jd foller kt cini..
ok teruskan menulis..
[Reply]
zool
Reply:
September 2nd, 2009 at 11:24 pm
takpe.. kalau tak nak jadi follower sesekali singgah la kan.
[Reply]
September 2nd, 2009 at 8:30 pm
Macam-macam ragam dan situasi jalan raya di Malaysia ni
[Reply]
September 2nd, 2009 at 9:57 pm
Pemandu ada juga begitu.biasalah nak cepat sangat.
menyesal kemudian buat apa..
[Reply]
September 3rd, 2009 at 2:09 am
ada satu blog … best jugak … simple and bersahaja …
tetapi bukan pasal kenderaan la …pasal kisah bawak lorri ..hihi
http://abangdinlorry.blogspot.com/
[Reply]
zool
Reply:
September 3rd, 2009 at 6:49 pm
sempoi blog abangdinlorry ni.. best gak baca..
[Reply]
September 3rd, 2009 at 8:03 am
kemarin sy nak buat u turn
traffic light kale hijau pastu kete dpn tu xjln2
hon punya hon last2 lampu merah dah
aiseh~
kena pulak tunggu lagi~
rsnya kete dpn tu enjin mati
sure glabah psl ramai org hon hehehe
[Reply]
September 3rd, 2009 at 2:05 pm
tu belum cerita bawa kereta tengah malam ada hantu tumpang yer zool miahahaha
[Reply]
zool
Reply:
September 3rd, 2009 at 6:51 pm
jgn citer woo.. takut…
[Reply]
September 7th, 2009 at 11:41 am
bila mau angkat oh pemandu domain? bleh update citer pemandu2 masa kini seantero dunia…
[Reply]
zool
Reply:
September 7th, 2009 at 7:54 pm
takde org nak sponsor..
tak leh nak beli…
[Reply]