Oh solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni terdengar beberapa perkataan yang dangkal dari orang tentang solat.. Amat sedih bila dengar ayat ni ‘ Kalau sembahyang kat rumah nanti orang nampak alim pula ‘. Waduh memang teruk sekali bila diberitahu tentang ni.. Nampak seperti beliau bersolat kerana orang bukan sebab Rukun Islam ke dua. Bagi umat Islam menunaikan solat adalah satu kewajipan bukannya untuk menunjuk atau bermegah kepada sesiapapun.
Cuba lihat gambar berikut yang saya dapat dari emel ,

Photobucket
Photobucket

Walaupun gambar ni tak dapat dibuktikan kesahihannya tapi tetap menginsafkan. Di kawasan yang selalunya tidak menjadi tempat solat kita. Okay untuk kali ini saya nak menulis mengenai beberapa perkara lain yang berlaku dalam solat yang patut kita elakkan.. Sekiranya apa yang ditulis tidak betul diharap anda membetulkan..

1. Ketika solat Jumaat, imam sedang masuk khutbah kedua ada yang terhegeh-hegeh baru nak solat Sunat. Sepengetahuan saya yang cetek ilmunya, mendengar khutbah adalah rukun sedangkan solat sunat hanya sunat.Betul tak?? Selain tu berlaku juga di solat jemaah waktu lain, terpaksa imam tunggu seorang nak selesaikan solat sunat..
2. Membaca Al Fatihah atau surah dengan kuat sedangkan hanya sebagai makmum. Kadangkala tu ianya mampu menganggu makmum di sebelah. Mungkin nak beri tumpuan tapi ingatlah orang di sebelah. Bukan anda sorang je nak dapat pahala ye… Silap-silap dapat dosa pula.
3. Bawa anak ke masjid. Kalau yang boleh kawal tu tak mengapalah tapi kalau dah berlari sana sini. Menganggu tumpuan makmum lain camne ye?? Cubalah cari jawapannya..
4. Rambut warna warni solat. Alahai.. Memang baguslah tu menunaikan ibadah tapi lebih elok kalau rambut seperti asal. Takut nanti tak sah pula solat anda tu..
5. Pakaian yang agak menyedihkan. Kadang-kadang pakai kain pelikat yang lama. Baju pun tak berbasuh. Waduh terkena kat diri sendiri ni.. Huhuhuhuhu.. Ada yang lagi best pakai t-shirt bergambar. Kalau gambar pokok bunga boleh terima lagi, ini siap gambar tengkorak lagi.. Nak bagi makmum lain insaf kot..
6. Terlalu lama nak angkat takbiratulihram. Kadang-kadang banyak kali sampai boleh hilang konsentrasi makmum sebelah. Sebenarnya niat tu dalam hati.. Takbir tu boleh dibaca perlahan.
7. Bergerak melebihi 3 kali / langkah. Sepengetahuan saya solat boleh terbatal kalau pergerakan melebihi 3 kali / langkah secara berturutan. Sebagai contoh, menggaru secara biasa boleh menyebabkan terbatal dan ada teknik sekiranya gatal. Untuk keterangan lanjut kenalah tanya ustaz-ustaz dan pakar..
8. Tak penuhkan saf hadapan. Ni selalu terjadi. Kalau ikut ceramah ustaz-ustaz mereka menyarankan agar penuhkan saf hadapan sebab dapat lebih pahala tapi ramai yang tak mau memenuhkan saf hadapan. Datuk-datuk dan pakcik-pakcik pun tak mau ke depan lagikan orang muda…
9. Lepas habis solat cepat je cabut, tak tunggu doa pun. Seeloknya sama-samalah kita berdoa dengan imam dan makmum lain. Ala setakat lambat seminit je.. ( Peringatan untuk diri sendiri gak ni..)

Sebenarnya bila menaip mengenai ohsolat ni terfikir juga betapa lemahnya diri ini. Solat Jemaah pun selalu ditinggalkan walaupun banyak masjid dan surau berdekatan. Kena perbaiki diri dengan memperbanyakkan solat Jemaah berbanding solat berseorangan. AMIN..

p/s :- Sebenarnya tajuk ni dah lama ada dalam draft wordpress ni. Tapi tangguh je, tak berbuat.. Tajuk je ohsolat tapi tak berani nak buat blog pasal solat ni. Ilmu tak cukup di dada dan tanggungjawab berat.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1903
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Oh solat”

  1. firusNo Gravatar says:

    Mari perbanyakkan solat.. dan perbetulkan solat… Sesungguhnya solat itu tiang agama.. Terima kasih encik zool kerana meng “upload” artikel ini…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sampai hati ko kata aku meng’upload’ artikel ni ek…

    Reply

  2. megatNo Gravatar says:

    walaupun tak dapat buktikan kesahihannya, tapi foto-foto seperti ini atau kelakuan seperti ini benar-benar menginsafi. boleh menangis ooo

    namun budaya tersebut kalau berlaku kat negara kita apatah lagi kat tempat pelik-pelik macam kat ruang legar shopping komplek atau ditepi kaki lima, orang terus anggap orang gila (hu3)

    yg aku dgr dari member aku kat dubai, orang mereka semayang kat mana yang sempat usai masuk waktu!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    foto tu ada dpt dari emel..sebenar ada lagi gambo yang lagi azab lagi..

    tapi sebab negara kita ada kemudahan.. jadi rasanya elok gunakan.. masjid/surau banyak kan.

    Reply

  3. izzat azizNo Gravatar says:

    ahh.. u aku block smua gmbr dari photobucket entah pape punya filter..

    yang dalam kotak tu..

    1. aku kadang2 buat gak.. tapi klau lewat sangat tak dah la kot tnggu hbs solat jumaat je lah..
    3. aku dengar kadang2 kita kena bawa gak bagi dia tengok dan belajar.. klau budak datang masjid dan dia bising2 kalau kita marah dia nnti lama2 dia ada mentaliti tak suka datang masjid.. Nabi dulu masa tengah solat cucu Baginda siap naik atas badan lagi, tapi baginda tak marah sikit pun.

    yang lain tu memang tak patut di buat ah.. satu lagi nk tmbh tapi atas pemikiran aku la.. bila kita datang pahtu khutbah dah start lagi bagus kita tak hulur tangan untuk bersalam sbb tu bleh gangu orang tu nak dengar khutbah.. so tnggu je lepas solat.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sorilah.. hosting aku kecik, memang tak leh guna pic byk2…

    1. tak berapa elok sebenarnya.. sebab solat tu sunat dengo khutbah tu rukun..
    3. kalau bawak sekali sekala takpelah.. tapi kena jaga gak.. er tentang nabi tu aku tak berani komen..
    aku ikut berdasarkan pengalaman.. sedangkan nyamuk dtg pun konsentrasi kita terganggu kan.. apa lagi bising2…

    Reply

  4. azwanNo Gravatar says:

    hmmm dah lama juagk aku tak ke surau berdekatan rumah aku tu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jenguk2 le selalu ye

    Reply

Leave a Reply