Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenar agak lama ingin menulis mengenai tajuk di atas.. Namun disebabkan oleh masalah keterlupaan yang amat sangat ianya terbengkalai. Saya yakin ramai dari kita mempunyai warna pilihan. Ianya mungkin memberikan nilai tentang warna tersebut yang mempunyai semangat dan aura dalam diri seseorang individu..

Credit Pic and Bandwith to : – Zazle.com ( Best Custom T-Shirt Online)
Melalui carian di pakcik Google didapati ada website dan blog yang menceritakan tentang rahsia personaliti individu berdasarkan warna. Rujuk website/blog ini
LinnComel – Warna Aura dan Personaliti
Cintadearhaniey
Jom Sembang-sembang
Berbalik kepada obses pada warna terdapat juga beberapa blogger yang mempunyai ke’cintaan’ mendalam terhadap pada warna . Malah keobsesan Pn Mira dengan warna merah menjadikan beliau meletup dengan blog Redmummy.com.
Obses pada warna mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita.. Antaranya :-
1. Bagi blogger yang obses pada warna memang susah untuk menukar tema blognya.. Ye lah tak semua tema percuma menepati kehendak hati.. Blogger yang power coding mungkin tak jadi masalah tapi bagi yang kureng mungkin terpaksa membelinya..
2. Ada juga yang obses secara negatif kepada warna tersebut.. Pantang nampak warna tersebut alamat memang dibuangnya.. Malahan kalau ada yang menggunakan warna tersebut akan dimarahnya.. Percaya tak??
3. Masalah kepada pasangan. Bagi pasangan sudah pasti terpaksa mengikut (cintalah katakan).. Kena kalau pasangan tersebut meminati warna pelik.. Contoh nak kereta MyVi warna pink, tak ke haru tu…
4. Kadang-kadang disebabkan obses terhadap warna akan menjadi perhatian orang.. Kalau yang ok takpe tapi biasanya akan dipandang pelik..
Rasanya cukup setakat tu.. Mungkin ada tambahan dari anda..Selain itu apakah warna pilihan anda?? Adakah ianya mempengaruhi diri anda?
p/s :- Ini adalah merupakan pendapat dan tiada kajian khusus dilakukan. Ianya mungkin ada yang kena dan mungkin tersasar.. Jadi jangan gunakan ia sebagai sebarang rujukan untuk kajian anda..
RSS Feed
Twitter



July 5th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


warna fav ialah biru…. sampaikan 10 tahun baju raya ….mesti biru….kira macam wajib laaa
Reply
banyak kaler yg obses. biru, putih. merah. hitam..
Reply