Nursheena raih emas di Thailand

Selepas Nixson dan Benedict meraih emas, atlet 100 meter lagi berpagar wanita,Raja Nursheena Raja Azhar berjaya menamatkan acara akhir di tempat pertama.
Nursheena mencatatkan kepantasan 14.11 saat (s) sekali gus meninggalkan Nur Izlyn Zaini dari Singapura di tempat kedua (14.43s) dan W. V. L Sugandhi yang mewakili Sri Lanka ketiga (14.53s).

“Saya sebenarnya agak kecewa kerana saya sepatutnya boleh melakukan larian yang lebih baik.

“Tapi apa pun saya tetap bersyukur dengan catatan masa ini kerana catatan itu lebih bagus ketika aksi saringan (14.39s) pagi tadi,” kata atlet berusia 27 tahun itu ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Nursheena berkata dia berharap mampu mencipta masa lebih baik dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Catatan peribadi terbaik Nursheena adalah 13.84s ketika memenangi gangsa di Sukan SEA Myanmar 2013.

Sumber :-HMetro

One thought on “Nursheena raih emas di Thailand

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.