Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Nicol David tamatkan penyertaan Kejohanan Dunia di pusingan ketiga

Pemain skuasy lagenda dunia, Datuk Nicol David mengucapkan selamat tinggal pada Kejohanan Dunia PSA selepas tersekat di pusingan ketiga.
Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat itu menyaksikan ratu skuasy negara itu tumpas kepada pemain Perancis Camille Serme.

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – M (Photo by Francois Nel/Getty Images) *** Local Caption *** Camille Serme;Raneem El Welily

Nicol bermula baik dengan memenangi set pertama dengan keputusan 11-9 namun kudrat pemain berusia 35 tahun itu tidak dapat menahan asakan pemain ranking kelima dunia itu selepas tumpas 4-11,4-11,5-11 dalam aksi selama 41 minit itu.
Nicol yang pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak lapan kali itu telah mengumumkan persaraannya pada minggu lepas dimana aksi antarabangsa terakhirnya dijangka dalam bulan Jun ini.
Ini juga merupakan pentas terakhir beliau dalam Kejohanan Dunia dimana kini beliau berada di ranking ke 21 dunia.
-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.