LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Nicol David kempunan kejuaraan pertama tahun 2017

Harapan ratu skuasy negara, Nicol David untuk menjuarai kejohanan pertama pada tahun 2017 terkubur apabila tumpas di perlawanan akhir Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.
Bekas pemain no 1 dunia ini hampir berjaya memenangi set keempat untuk memberikan kemenangan namun tidak mampu menahan kemaraan pemain England, Sarah Jane Perry yang mengasak seterusnya membawa ke set kelima dan memenangi perlawanan.

Sarah Jane Perry, pemain skuasy dari England yang menumpaskan Nicol David

Sarah, pemain no 6 dunia berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 8-11,8-11, 11-7,14-12,11-7. Kemenangan ini juga menyaksikan pertemuan mereka seri 4-4 dalam pertemuan antara mereka.
Nicol yang kini menduduki tangga kelima dunia sedang mencari kejuaraan ke 82 dalam karier Kejohanan PSA bermula baik apabila memenangi dua set awal. Walaupun Nicol telah mendahului 6-4 pada set ketiga namun pemain England itu mengejar sekaligus membawa perlawanan ke set keempat.
Pada set keempat permainan cukup sengit namun Perry mampu memenangi set keempat dan terus menguasai pada set kelima.

Sarah Jane Parker menumpaskan Nicol David

Sumber :-NST

Walaupun Nicol tumpas namun ia menunjukkan kebangkitan pada bekas pemain no 1 dunia ini. Semoga beliau mampu bangkit untuk menjuarai kejohanan akan datang.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)