Kemarau untuk mengondol kejuaraan bagi bekas pemain no 1 skuasy wanita dunia, Datuk Nicol David semakin berpanjangan.
Nicol David tumpas di suku akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong 2017 kepada pemain no 3 dunia, Camille Serme dari Perancis.

Pemenang 10 kali kejohanan ini tumpas kali pertama kepada Camille dalam 19 pertemuan sebelum ini.
Nicol yang kini menghuni tangga keenam dunia tidak menang sebarang kejohanan dan hanya menjuarai kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Mac lalu.
Dalam kejohanan Terbuka Australia di Darwin pula, juara Sukan SEA 2017 bagi lelaki, Ng Eain Yow dan wanita, S.Sivasangari pula melangkah ke akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing hari ini.
Eain Yow, juara remaja 2016 menumpaskan pilihan utama dari Australia Rex Hendrick 6-11,7-11, 11-8, 11-8, 11-2 manakala Sivasangari pula menumbangkan pemain Mesir, Nouran El Torky 11-5, 11-4,11-6.

Dalam perlawanan akhir nanti, kedua-dua pemain pelapis negara itu akan bertemu pemain tuan rumah dimana Eain Yow akan bertemu Joshua Larkin manakala Sivasangari menghadapi bekas juara dunia, Rachael Grinham.
Sumber :- NST
mesti lebih mereview permainan sendiri kenapa lama kemarau tak dapat juara