Nicol David hilang posisi nombor satu dunia

Pemain skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia terlepas penguasannya selama 109 bulan selepas dipintas oleh pemain Mesir, Raneem El Welily.
Melalui ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) pada hari ini, Raneem merampas kedudukan pemain nombor satu dunia selepas mengutip 2,979 mata berbanding Nicol yang mengutip 2,853.

nicol vs raneem
Nicol David dan Raneem

Nicol, 33 dalam temubualnya, berkata ia adalah sesuatu yang dijangka kerana Raneem telah berjaya menjuarai empat daripada enam kejohanan terakhir. Beliau yang telah memegang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia dalam tempoh sembilan tahun bermula dari Januari hingga Mac 2006 sebelum dirampas selama empat bulan oleh Vanessa Atkinson dari Belanda untuk tempoh empat bulan.
Selepas itu, Nicol merampas kedudukan itu sejak Ogos 2006 sehinggalah tempatnya diambil oleh Raneem pada bulan ini.

Ia merupakan pencapaian terbaik bagi pemain skuasy dunia yang tercatat dalam sejarah. Raneem, 26 tahun berasal dari Mesir itu menjuarai 3 kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan J.P Morgan, Terbuka Guggenheim Partners Windy City dan Terbuka Alexandria. Posisi itu boleh dirampas oleh Nicol sekiranya pemain negara itu berjaya menjuarai kejohanan Terbuka China yang akan bermula pada Khamis ini.
Bagi pemain lain, Low Wee Wern kekal di tangga kesembilan manakala Delia Arnold pula berad di kedudukan ke 12.
BERNAMA

// Sudah pasti ianya akan menjadi inspirasi kepada Datuk Nicol untuk terus mengejar kedudukan di tangga pertama dunia. Kehebatan beliau yang tidak berputus asa patut menjadi teladan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira apa yang dilakukan. Sesungguhnya, rakyat Malaysia juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

Semoga ada lagi ahli sukan yang dapat digilap untuk menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

One thought on “Nicol David hilang posisi nombor satu dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.