Nelo Vingada , jurulatih pasukan bola sepak Malaysia

Selepas lama menunggu untuk melihat jurulatih baharu pasukan bola sepak Malaysia, ia telah terjawab pada hari ini. Nelo Vingada, 64 tahun yang berasal dari Portugal ini dilantik sebagai ketua jurulatih bola sepak senior Malaysia.

Vingada yang mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun termasuk melatih pasukan Liga Korea Selatan, FC Seoul, kelab Iran, Persepolis FC dan kelab Liga Super China, Dalian Shide FC. Selain itu beliau juga pernah melatih pasukan kebangsaan Arab Saudi dan Jordan.

Mungkin Vingada tidak sepopular jurulatih senegara Paulo Bento namun beliau yang berpengalaman dalam aksi kelas antarabangsa diharap dapat memperbaiki ranking FIFA Malaysia yang kini berada di tempat ke 158.

| Apa yang anda perlu tahu mengenai Nelo Vingada |

Jurulatih yang juga dikenali dengan gelaran ‘The Professor’  akan tiba di Malaysia pada 25 Mei ini nanti untuk memulakan tugas berat beliau. Vingada juga mempunyai pengalaman selaku pembantu kepada jurulatih ternama. Carlos Queiroz bagi melatih pasukan Bawah 20 Tahun Portugal yang menempa kejayaan dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada 1989 dan 1991.

 

Selepas mengambil alih tugas Queiroz, beliau Berjaya membawa pasukannya hingga ke separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun 1995 dan Olimpik 1996.

  • BERNAMA

 

Ligakampung.com mengucapkan selamat dating kepada Nelo Vingada. Sememangnya tugas berat menanti beliau untuk mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Nelo Vingada , jurulatih pasukan bola sepak Malaysia

Leave a Reply