Nelayan Sungai dan Petani Jagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni ketika membelek suratkhabar terdapat 2 artikel berkaitan pertanian yang menarik perhatian saya. Jadi mungkin elok kalau berkongsi bersama anda semua..

2 artikel tersebut terdapat aspek positif.. Jadi elok saya mulakan dengan yang positif..

” Usaha Lahirkan Nelayan Sungai”

SEREMBAN 9 Feb. – Dalam tempoh lapan hingga 12 bulan lagi Sungai Siliau Hulu, Rantau di sini bakal dipenuhi dengan ratusan ribu spesies ikan dan udang galah yang membiak dengan baik.
Setiap limpahan rezeki sungai tersebut pula bakal dinikmati oleh ratusan penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan sungai tersebut.

Usaha melahirkan nelayan sungai adalah inisiatif jitu daripada kerajaan negeri sendiri melalui agensinya, Jabatan Perikanan negeri.
Selain melimpahi sungai terbabit dengan rezeki yang boleh diraih oleh penduduk kampung projek ternakan ikan dan udang galah sungai itu juga bertujuan meningkatkan stok sumber perikanan yang saban hari dikatakan semakin pupus.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Wan Aznan Abdullah berkata, projek tersebut adalah kesinambungan daripada projek ternakan udang galah yang diusahakan di beberapa batang sungai di sekitar negeri termasuk Sungai Timun sebelum ini sejak 2006.
Berita penuh

Wah .. bagus sekali projek yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan tu. Dengan pelepasan benih-benih ikan itu akan memudahkan lagi orang kampung untuk mendapatkan ikan sekaligus menambahkan punca rezeki.. Walaubagaimanapun masing-masing perlu bertanggungjawab terutamanya dalam memelihara kualiti sungai.. Jangan bergantung harap pada agensi kerajaan. Semoga dengan usaha ini nelayan sungai akan bertambah sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk setempat..Mungkin di Melaka patut dijalankan projek ni terutamanya di sungai belakang rumah si Zool ni.. Walaupun pemancing sering hadir di jambatan berhampiran namun mungkin dengan kaedah ini menambahkan lagi jumlah pemancing sekaligus mungkin menjadi tumpuan pelancong. he he he..

Yang kedua
” BUkan Salah Kami”

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Sikap petani tempatan yang tidak sanggup bekerja keras di bawah sinar matahari untuk menambah pendapatan mereka telah ‘menjejaskan’ kelancaran projek jagung bernilai RM12 juta milik Sime Darby Bhd. (Sime Darby) di Kedah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang kecewa dengan sikap petani berkenaan berkata, projek itu merupakan antara komponen pelan induk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan seramai 60 petani disasarkan untuk dilatih setiap enam bulan.
”Tetapi apa yang kami dapat (sambutannya) ialah seramai 12 orang sahaja dan lebih malang lagi, sebulan selepas itu semuanya ‘hilang’ kerana mereka tidak tahan bekerja di bawah panas matahari dan terpaksa bekerja keras.

”Kami sungguh kecewa tetapi projek jagung ini tetap kami teruskan,” katanya ketika taklimat media di sini baru-baru ini.
Berita penuh

Bila membaca berita ini memang agak mengecewakan namun bila difikirkan kembali memang itulah realiti semasa.. Kebanyakan dari kita tidak mahu mengeluarkan peluh untuk mencari rezeki sebaliknya ramai yang sanggup lepak rumah tanpa berbuat apa..

Walaubagaimanapun pada saya, peluang yang telah disediakan oleh Sime Darby sepatutnya direbut oleh petani kita.. Tapi apakan daya kekecewaan CEO Sime Darby ada benarnya.. Mungkin mereka terpaksa mengusahakan sendiri dan menggajikan mamat-mamat Indon..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1492
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Nelayan Sungai dan Petani Jagung”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    kan best kalau dapat bertani dalam dewan and terkawal area dia
    pastu air lebihan masuk ke dalam kolam untuk ternak ikan plak…hehe

    Reply

  2. mrozaidiNo Gravatar says:

    Entri Ulas Surat Khabar Ni..Hehe..Bgs2

    Reply

  3. haritzNo Gravatar says:

    Aiseyman buat malu org Kedah je, sedangkan org Kedah dah biasa berpanas tanam padi. Mereka ni patut belajar ngan org tanam padi camner nak berpanas2 ni

    Reply

  4. ariftNo Gravatar says:

    bkn sbb diorang malas keje n lepak kt rumah, maybe ade keje laen yg x memeritkan dr tanam jagung.

    Reply

  5. adliNo Gravatar says:

    Assalammualaikum saudara saudari sesama islam…sesiapa nk beli jagung mentah biar dimana saja pembeli boleh hubungi sy adli 017 – 2822672 jagung ditanam di pokok sena kedah..harga boleh dirunding…dalam 3 or 4 minggu jagung dh matang…harga boleh dirunding..wassalam.

    Reply

Leave a Reply