LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Negeri Sembilan juarai kejohanan bola keranjang lelaki Piala Agong 2018

Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang kejohanan ini termasuklah kami di Ligakampung.com. Almaklumlah bola keranjang bukanlah sukan yang kami minati tapi ia bukanlah menandakan kami langsung tak ambil tahu.
Negeri Sembilan berjaya membuktikan dominasi mereka dalam kejohanan bola keranjang lelaki selepas menjuarai kejohanan Piala Agong yang selesai pada Ahad lalu. Kejayaan ini menyaksikan skuad NS Matrix memenangi untuk kali ketiga berturut-turut.  Jika tahun lepas mereka bertemu Melaka, tahun ini skuad PDRM pula menjadi sasaran. Satu pencapaian yang cukup membanggakan skuad NS yang menumpaskan pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dengan keputusan sengit 67-63.

Dalam perlawanan tersebut menyaksikan percaturan jurulatih Negeri Sembilan Brian Lester berhasil apabila pemain berjaya membalas jaringan menyaksikan mereka memenangi kejohanan yang cukup berprestij di Malaysia ini.
Bagi acara wanita pula, skuad Negeri Sembilan juga berjaya muncul juara selepas menumpaskan pasukan Segamat BA dengan keputusan 85-35.

Berikut merupakan anugerah individu bagi Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong 2018

Pemain Lelaki Paling Bernilai
David Heng Yee Tong ??? (??)
(Westports Malaysia Dragons)

Pemain Wanita Paling Bernilai
Sunny Chin Sun Tsing (Shun Ching)
(Hatchers Sports Club ??)

Pemain Lelaki terbaik Perlawanan Akhir
Wong Yi Hou
(Negeri Sembilan Basketball Association – NSBA)

Pemain Lelaki Penjaring Terbanyak
Marcus Yek Liang Chuan ??? (??) (NS Matrix 2)

Pemain Wanita Penjaring Terbanyak
Pei Jie Tan (Segamat Basketball Association)

Pemain Lelaki Terbanyak Peluang Jaringan (Assist)
David Heng Yee Tong ??? (??)
(Westports Malaysia Dragons)

Pemain Wanita Terbanyak Peluang Jaringan (Assist)
Pang Hui Pin (??)
(Negeri Sembilan Basketball Association – NSBA)

Pemain Lelaki Terbaik ‘Rebounder’
Tan Wei Long
(Westports Malaysia Dragons)

Pemain Wanita Terbaik ‘Rebounder’
Sunny Chin Shun Tsin (Shun Ching)
(Hatchers Sports Club ??)

Pemain Lelaki Bertahan Terbaik
Chee Li Wei (PDRM)

Pemain Wanita Bertahan Terbaik
Tai Chia Qian (Tai Cq) (Hatchers Sports Club ??)

Sumber : Facebook MABA

Ligakampung.com berharap agar sukan bola keranjang ini juga akan mula dikenali kepada seluruh peminat sukan. Kalau kita lihatkan tak banyak penyertaan dari bangsa selain dari bangsa Cina. Mungkin perlu ada pengenalan dan promosi sukan ini secara menyeluruh.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)