Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kita pasti sedia maklum bahawa Nazmi Faiz telah menarik minat kelab bolasepak Portugal, Beira Mar dan telah menjalani latihan di sana. Nampaknya pemain cilik ini akan menjadi pemain Malaysia yang bermain di Eropah (dalam beberapa kenyataan dimaklumkan bahawa beliau pemain pertama Malaysia bermain di Eropah tapi rasanya kurang tepat. Ada ramai yang bermain di Eropah sebelum ni.). Nazmi telah menandatangani kontrak dengan pasukan Beira Mar untuk 3 musim.
Nazmi Faiz Mansor yang berumur 17 tahun telah ditawarkan kontrak yang sah sehingga Jun 2015 (maksudnya beliau akan mula menjadi ahli Beira Mar bermula Jun 2012).
“Adalah sukar untuk menghuraikan apa yang saya rasa. Ini adalah peluang besar dan saya beruntung . Bermain di Eropah adalah impian besar saya. Saya sangat gembira dan bermotivasi untuk langkah ini, saya perlu pergi. Saya suka Beira-Mar dari saat pertama dan saya telah menemui tempat yang tepat untuk berubah, “kata Nazmi Faiz. “Saya diterima dengan baik oleh semua, tetapi saya menekankan kata-kata jurulatih [Ulisses Morais] dan Kapten [Hugo]. Ajarannya berharga kepada saya. Semua yang saya lakukan untuk mengambil peluang untuk menjadi pemain yang lebih baik dan menghormati negara saya, “kata Nazmi.
Sumber :- Laman Web Rasmi S.C Beira-Mar yang dialihbahasa guna google translate dan diedit sedikit sebanyak. Minta maaf kalau ada ayat yang tak berapa kena. Mt…
Image Hosting
Nazmi Faiz sedang menandatangani kontrak dengan Beira Mar
Tahniah kepada Nazmi Faiz. Teruskan karier anda di luar negara dan buktikan yang anda boleh berjaya setanding pemain luar. Buktikan juga bahawa anda mampu menjadi individu yang boleh mengharumkan nama negara.
Sekian.
p/s :- Ada juga komen-komen negatif mengenai Nazmi Faiz yang terpaksa mengorbankan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun saya percaya beliau mampu berjaya walaupun tanpa sijil tersebut. Tak perlulah kita nak mempertikaikan pendidikan beliau. Kan lebih baik beliau fokus pada kerjaya yang dipilih. Tak gitu?


wow,very good..
nice
Reply
[...] fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); NEGARAKU! Tutup Terus ke sumber Negaraku.My Media Social Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; [...]
hebat..tahniah Nazmi
Reply
Tahniah….mmg terbaik dr Nazmi Faiz…
Reply
Tahniah utk beliau.. mudah2an tercapai segala maksud
Reply
player pertama asia tenggara yang bermain dengan kelab portugal….hebat
Reply
CONGRATES NAZMI ! We will pray for you from here, GOOD LUCK BRO~
View our full product list: http://cebagoomarket.blogspot.com/2012/04/cebagoo-market-product-list-and-info.html
Reply
bangga dgn rakyat malaysia..
eh nazmi ni xamik spm lg ke?
Reply
zool
Reply:
May 22nd, 2012 at 13:37
yup.. thn lepas tangguh Sukan SEA.. rasanya dia tak perlu ambil SPM. Boleh fokus kat kerjaya bolasepak..
Reply
SPM? apakah itu? haha..lantaklah dengan SPM. kontrak setahun pun dah cukup sara hidup dia apa..
Reply
wandisini
Reply:
May 22nd, 2012 at 15:55
haha…macam hampeh persoalan ko tu..
Reply
semoga nazmi akan menjadi perintis kepada lebih ramai lagi pemain malaysia bermain di eropah
Reply
Tahniah. Semoga berjaya disana.
Reply
zool
Reply:
May 23rd, 2012 at 23:24
harap begitulah
Reply
Berjaya juga akhirnya
Tahniah dan semoga terus maju untuk nazmi
Reply
zool
Reply:
May 23rd, 2012 at 23:24
memang hebat nazmi ni.. mungkin boleh lebih maju kalau dia berusaha dengan gigih
Reply
[...] pulang ke Malaysia bermain di pasukan Liga Super menjadi hangat. Pemain tengah negara yang mendapat peluang menganggotai pasukan Beira Mar dari Portugal ini diberitakan telah menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS. Pada mulanya diberitakan bahawa [...]