LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Nazirul Naim dipilih bersama Wan Zack untuk menyertai FC Ryukyu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Satu berita mengejutkan pada peminat bolasepak tempatan. Jika sebelum ini, kita mendengar kisah bahawa pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam mendapat tawaran dari kelab divisyen tiga Liga Jepun, FC Ryukyu tetapi hanya Wan Zack terpilih dan pemain pertahanan kiri Harimau Muda, Nazirul Naim yang mendapat tempat.
nazirul naim
upload photos


Selain itu, kelab Ryukyu lebih menginginkan pemain di posisi pertahanan kerana mereka telah memiliki dua pemain bagi setiap posisi. Perjanjian telah hampir 90% selesai dan pihak FAM sedang menunggu persetujuan dari Ryukyu tentang syarat dan klausa kontrak. Sekiranya berjalan lancar, kedua-dua pemain akan mengikat kontrak selama 2 tahun bersama FC Ryukyu. Antara butiran klausa yang dipersetujui oleh Ryukyu adalah melepaskan kedua-dua pemain untuk Sukan SEA pada bulan Disember dan pasukan kebangsaan semasa kalendar kebangsaan FIFA.
Terdapat juga klausa yang menyatakan bahawa jika terdapat sebarang tawaran dari pasukan Liga Malaysia, Ryukyu mesti rujuk FAM terlebih dahulu. Walaubagaimanapun jika terdapat pasukan luar negara yang lebih tinggi tahap yang menginginkan mereka, maka Ryukyu boleh membuat keputusan sendiri.
Kelab dari jepun itu membuat keputusan untuk menawarkan kontrak kepadanya selepas melihat aksi pemain berusia 20 tahun itu setelah melihat aksi pemain Harimau Muda selama 2 minggu. Nazirul Naim dan Wan Zack Haikal dijangkakan akan berangkat ke Jepun selewat-lewatnya 2 minggu untuk memulakan karier di Jepun.

SUMBER :- Foxsports

Peluang ini seeloknya digunakan sebaik-baik mungkin oleh kedua-dua pemain muda ini untuk mengembangkan lagi bakat. Diharap situasi yang menimpa Nazmi Faiz dan Fakhri Saarani tidak berlaku kepada kedua-dua pemain ini. Semoga mereka mampu bersaing dan membuka mata pasukan kelab Liga J yang lebih tinggi lagi. Semoga berjaya.
Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Nazirul Naim dipilih bersama Wan Zack untuk menyertai FC Ryukyu

  1. Pingback: Nazirul Naim dipilih bersama Wan Zack untuk menyertai FC Ryukyu | Blog ZooL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)