Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Nauraj kembali pecah rekod kebangsaan dalam dewan

Atlet lompat tinggi negara memperbaharui rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan miliknya sendiri pada awal pagi Ahad lalu ketika menyertai acara di Kejohanan Indoor Track and Field Vienna.
Nauraj yang baharu menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada Rabu lalu berjaya mencatatkan ketinggian 2.20 meter iaitu lebih 0.01 meter dari rekod lama.

Rekod sebelum ini dicatatkan pada 10 Februari 2019 dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke 21 di Chemnitz, Jerman.
Pencapaian berkenaan juga membantu juara Sukan SEA tiga kali itu untuk menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat gangsa Piala Dunia 2018 Tobias Potye dari Jerman yang membuat lompatan setinggi 2.26m manakala atlet tuan rumah, Lionel-Afan Strasser menduduki tempat ketiga dengan catatan 2.11m.

Ini adalah kejohanan pertama Nauraj yang berpangkalan di Eropah setelah menunggu hampir setahun kerana pandemik COVID-19. Kali terakhir atlet kelahiran Johor itu bertanding di Sydney Track Classic (acara luar dewan) pada 22 Feb tahun lepas sebelum pandemik tersebut menyebabkan kalendar sukan antarabangsa terhenti.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata rekod tersebut akan disahkan secara rasmi setelah dokumen berkaitan diterima oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.Nauraj, yang juga memegang rekod kebangsaan acara luar dewan 2.30m, perlu membuat lompatan 2.33m atau lebih untuk layak ke Olimpik Tokyo berdasarkan merit dengan tempoh kelayakan berakhir pada 29 Jun.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)