Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Di pejabat terdengar lagu dengdangan Mael XPDC dan Mus WIngs yang bertajuk ‘ Nasib Kita’. Lagu tu memang ‘power’ tapi saya bukan nak membicarakan tentang lagu tersebut tapi tentang bait-bait lirik yang menikam jiwa ni..
Melihat Hitam Belum Tahu Di Mana Lubuknya
Siang dan Malam Bezanya
Sekali Pandang Mana Tahu Di Sana Ada Bencana
Banyak Lagi Kisahnya
‘Chorus’ lagu ni memang mudah nak difahami.
Walaupun dapat tafsir sesuatu tapi belum tentu ianya akan berlaku. Seperti kes gempa bumi yang berlaku dinegara kita baru-baru ni. Kalau ikut teorinya negara kita tidak berada dalam garisan bencana tapi ianya berlaku jua..
Itulah namanya nasib yang telah ditentukan olehNya. Walau bagaimanapun itu bukanlah bermakna kita perlu berpeluk tubuh.
Selain itu ada juga individu yang menangisi kisah hidupnya. Menagih simpati dan bersedih. Bersyukurlah kerana ada orang lain yang lebih malang dari kita. Ada yang tak mampu mengangkat tubuh badan sedangkan kita masih mampu menatap tulisan dalam blog ini.
Ada juga yang riak dan takbur. Kononnya mempunyai ilmu, duit, pangkat lalu dirasakan orang lain kecil sedangkan nasib pada masa hadapan tidak diketahui lagi.. Bagaimana pula dengan nasib anda? Rasa sudah cukup hebat atau bernasib malang?
Pandanglah orang yang lebih berjaya/ gagal dan jadikan ianya inspirasi agar terus berada di landasan yang tepat..
Wallahualam.. Semoga kita akan menjadi orang yang terus berjaya di masa hadapan..
Preview lagu ni..
|
Anda boleh tengok lirik penuhnya di Toplirik lagu ..
Kalau suka boleh beli yang original di kedai berhampiran.. Kalau nak tau tabs gitar boleh layan Malayolga..
p/s :- Ini bukan entri nasihat. Ini sekadar layanan perasaan…

















hmm..yg pastinya kita perlu bersyukur dgn apa yg kita ada..wlupun hanya dpt menjamah nasi sedikit aje dan tak kenyang..itu ttp rezeki..dan manusia juga sering lupa ucap perkataan Alhamdulillah sedangkan ia adalah perkataan yg mudah utk disebut..
Reply
zool
Reply:
December 3rd, 2009 at 12:52 am
betul tu.. kita selalu lupa bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada..
Reply
Boleh dikatakan.disana hujan dan tempiasnya disini.
negara kita turut terkena.
Reply
zool
Reply:
December 3rd, 2009 at 5:03 pm
betul tu.. dulu belajo geografi negara kita selamat dari bencana sekarang… ‘Sekali Pandang Mana Tahu Di Sana Ada Bencana .Banyak Lagi Kisahnya ‘.. Huhuhu
Reply
farahaznil
Reply:
December 3rd, 2009 at 6:53 pm
huhu…br perunjuk kecil je tuh
Reply
farahaznil
Reply:
December 4th, 2009 at 2:42 pm
*petunjuk
Betul la tu, kita mesti bersyukur atas semuanya. Hidup tu macam roda yang terus berputar. Ada saat senang ada saat susah. Semua haruslah disyukurin.
Reply