Nasi impit dan rendang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha (ketika menaip, si Zool sedang menunggu waktu solat sunat Aidiladha). Semoga perayaan tahun ini memberi makna dan keinsafan tentang pengorbanan kita.

Kebiasaannya sebelum ke masjid unutk menunai solat sunat Aidiladha, ibu saya akan memasak juadah istimewa untuk hari raya. Seperti hari raya lalu, nasi impit dan rendang dijadikan sebagai santapan sarapan pagi di Aidiladha. Disebabkan tidak membeli daging maka penggunaan rendang ayam menjadi habuan untuk ahli keluarga..

Photobucket
Nasi impit yang terletak di atas meja untuk dimakan oleh ahli keluarga..

Photobucket
Rendang ayam yang dimasak dalam kuali..

Photobucket
Nasi impit berkuah rendang ayam dan air milo untuk dimasukkan ke perut..

Itulah dia makanan yang menjadi hidangan di pagi raya Aidiladha. Bagaimana pula dengan anda? Adakah berlainan dengan saya?? Jika lain apakata kongsikan di sini..

Antara resipi rendang ayam dan nasi impit :-
My Resipi
CARI Resipi

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2027
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

Leave a Reply