Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Nama tempat unik di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Peta Melaka
Agak lama tak bercerita pasal negeri tercinta, Melaka..Tengah syok-syok baca blog saya terfikir untuk menulis mengenai nama tempat..
Memang banyak nama tempat yang unik di Malaysia ni tapi sebagai anak Melaka rasanya elok saya fokus pada tempat sendiri..
Hari ini saya nak menyenaraikan 10 nama tempat yang unik di Melaka.. Mungkin ada yang pernah anda dengar dan mungkin juga tidak.. Tapi apedehal, layan je lah kan..

OOO Melaka memang banyak tempat yang dimulakan dengan nama ‘bukit’. Antaranya Bukit Baru, Bukit Senggeh, Bukit Beruang. Dari banyak-banyak bukit tu saya memilih ‘ Bukit Senggeh’ sebagai yang paling unik kerana tak dapat nak dibayangkan camne bukit boleh senggeh..Mungkin si pencipta nama tempat ni ternampak bentuk bukit tengah tersenggeh ketika beliau sedang melepas hajat di kawasan berhampiran kot.. Ha ha ha..
OOO Selain bukit ada juga tempat yang menggunakan nama raja buah iaitu Durian Daun (Bukit Baru dan Lendu, ada 2 tempat nama sama) dan Durian Tunggal .. Durian Tunggal yang lebih unik sebab menunjukkan betapa susahnya orang dulu nak dapat durian kat tempat tu…
OOO Padang Kambing.. Ha ha ha.. Tempat di kawasan Durian Tunggal.. Mungkin dulu-dulu zaman Parameswara ianya menjadi tempat perindustrian kambing kot.. Tak lama lagi bakal jadi tempat lepak budak-budak UTEM kot..
000 Pernah ke nampak orang jual Petai kat Sungai?? Dalam zaman moden kini tak nampak lagi tapi mungkin zaman-zaman dulu kawasan Sungai Petai, Alor Gajah ni pernah menjadi tempat import.eksport petai.. Samalah juga dengan Sungai Rambai, Jasin kot..
OOO Mungkin pelik kalau tengok dalam paya ada rumput.. Tapi itulah nama tempat di dua daerah yang dinamakan ‘Paya Rumput’. Mungkin dulu banyak rumput dikawasan paya sehingga menjadi tempat pembiakan lembu kot..
OOO Kawasan perindustrian di Negeri Melaka yang popular ialah Batu Berendam.. Apa yang menarik sangat batu yang direndam ?? Kalau kuih badak berendam tu sedaplah.. Tapi itulah antara tempat yang agak ramai orang dan bakal menjadi tempat singgahnya Kapal Terbang Boeing dan Airbus.. Huhuhuhu.. Nasiblah sapa duduk kat sana… Mesti banyak pencemaran bunyi…
OOO Kawasan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.. Ops bukan Tampin ye.. Tapi nama ni kureng elok didengar iaitu ‘Batang Melaka’.. Huhuhuhuhu. Tak nak komen bebanyak.. Malu pun ada…
OOO Tempat Pertama sudah pastinya jatuh kepada ‘Kandang’ , Ayer Molek, Melaka.. Huhuhuhuhu.. Insan mana yang baik hati ntah yang bagi nama kampung kandang.. Bayangkan kalau ada kawan bertanya ‘ Eh S, ko tinggal mana? ‘ . Mesti tersipu-sipu si S nak beritau nama kampungnya kan..

Sebenarnya ada beberapa nama tempat yang agak unik tetapi kalau nak tulis semua tak best plak.. Rasanya cukuplah ni kan.. So sesiapa yang akan bakal menjadi orang Melaka kenalah tau tempat-tempat ni ek..

Bagaimana pula dengan anda?? Mungkin ada nama tempat yang unik yang boleh dikongsi bersama.

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 180
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

22 comments to Nama tempat unik di Melaka

  • kuakuakua..
    kelakar la plak bile bc..

    kat perak ada satu tmpat nama, Mambang Di Awan..
    mcm best je kan?
    bile orang tanya,duk kat mane>?
    ala..aku duk kat mambang di awan..
    rasa la mcm bidadari skit..

    Reply

  • kg aku kat melaka nama Semabok…so kalau aku cakap ngan member2 pasl kg aku.mule la diorg bahan aku..cis sungguh..

    Reply

    bdKMELkANo Gravatar Reply:

    hoho…btol 2..aq pon dok semabok gak..hik2..mabok2 gtu

    Reply

    budakbaikNo Gravatar Reply:

    asal usul semabok:

    pada zaman penjajahan british dulu, ada seorang british officer kat sana.. orang kampung panggil dia sir.. sir nih selalu sangat minum todi sampai mabuk.. orang kampung pun panggil dia ’sir mabuk’.. haha best kan cerita nih.. betul tau.. nenek saya bagitau..

    Reply

  • hohoho Melaka tempat lahir ku juga… aku tinggal kat Malim.. kanpung kat Ayer Molek.. kg mak kat jasin.. hohoh Lipat kajang.. belaja kat UTeM

    ape yang budak2 UTeM nak lepak kt Durian Tunggal tu. xde benda pon.. reban ayam je banyak.. hahahah

    Sungai Petai best lagi.. Sungai Putat pon ada.. hohooh

    Reply

  • callister > Sy ada makcik yg tinggal kat Taman Mambang Di Awan..hehehehe

    Kampung saya namanya Kampung Bandar…hahaha…udah kampung, bandar pula tu….daerah Baling lagi.

    Reply

  • salam..
    oo org melaka ek..
    saya pun asal melaka gak..
    kampung saya namanya Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka..
    heheh…

    Reply

  • Sebelum raya aritu ada gak gi melaka, lalu sungai udang pastu ke kampung solok duku, aku cari gak duku xdepun..hehe

    p/s : callister yg nama tmpt “mambang di awan” penduduk kat situ mesti bangga menyebutnya mcm ala2 kayangan gitu..hehe

    Reply

  • 2 la psl..aku pun rasa mcm 2..
    ala2 penduduk kayangan la 2..

    Reply

  • aku jarang gi melaka… asyik lalu melaka je.
    Tapi apa yang ko citer ni macam boleh jadi content buku teks tak formal utk ajar pasal melaka…kira aku belajar la dan rasa macam boleh pegi exam … he he

    Reply

  • ada satu lagi bukit..bukit katil atau dalam bahasa jawa paya dalam disebut bed hill… :D

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    callister –> menariknya.. mambang tanah ke??
    dendang –> he he he.. Semabok dekat ngan Kandang… cantiklah tempat tu..
    topo –> tu le sapa pandai 5 tahun akan datang membangunlah tempat tu..Sungai SIput pun ada … huhuhuhuhu..
    kujie –> susah ek camtu.. dah le kampung nama plak bandar… cam kerek je kalau orang tanya
    aida –> Melaka pindah ke mana ?? he he he
    ez@d –> duku dah kena tebang masa penjajahan Jepun dulu.. he he he
    cyza –> ala.. singgah2 le.. macam2 ada..
    kumbang –> bukit yang banyak katil.. huhuhuhuhu.. nak tido senang..
    bdfabregas –> he he e.. tak boleh buat berita tu.. sensitif. ala lagipun ramai dah tulis pasal tu..

    Reply

  • Owh…orang melaka rupanya. Bley jadik pakar sejarah nama tempat kat melaka nie. Huhuhh…

    Reply

  • dlu sy pernah tinggal kat londang melaka slame setahun..hehe…matrix gitu…
    mesti pernah dengar name tempat batang berjuntai…dekat2 ngan tempat sy la tu..tp dh tukar name, bestari jaya…tp name klasiknye jgak yg popular…hihihi

    Reply

  • AyuNo Gravatar

    Hi…saya pun org melaka…kat kg rumbia…dgr cite dulu byk pokok rumbia kat cni…tu jadi nama kg rumbia…..mcm sejarah nama negeri melaka kan…berasal dari nama pokok…..kg rumbia ni bersebelahan dgn kg paya rumput tu…ade lagi name kg kat melaka yg unik….mcm Cheng, Kelemak, Pernu, Ganun, Melekek, padang sebang,…dan daerah alor gajah…mesti dulu byk gajah lalu kan..hehehehe….semua x tau camne wujudnya nama2 ni…ade sape2 yg tau?

    Reply

  • Assalammualaikum..

    Saya dan suami juga orang Melaka. Kami tak pernah malu malah bangga apabila orang bertanya kampung mana kami tinggal. Ini kerana apa yang penting kejayaan sesebuah kampung adalah dari diri kita sebagai seorang individu dan penduduk sesebuah tempat bukan . Malah sekarang pun orang melaka tak kurang hebatnya bukan sekarang ni banyak yang telah berjaya.
    Saya dari Kg. Berangan 6 yang mana kisahnya semasa pembukaan kampung tersebut mereka telah menjumpai 6 pohon pokok berangan. Maka mereka telah menamakan kampung dengan penemuan tersebut.
    Kalau nak tahu nama-nama unik tersebut jangan malu-malu tanya orang tua-tua kerana mereka lebih tahu asal usul kampung berbanding jika hanya saja-saja teka entah betul ke tidak. Buat malu orang melaka je tu…

    Reply

  • Salam…wah ramainya warga Melaka,gua lak duduk kt Permatang Duyong,kg 5 pahlawan Melaka…tak tau lah,klo di ikutkan sejarah begitulah katanya…salam kenal

    Reply

  • Kalau nak info pelancongan ke Melaka…kat sini ada promosi menarik klik.. http://hotelmelaka.wordpress.com/

    Reply

  • ayieNo Gravatar

    kat pantai klebang ada 1 tempat nama “batang tiga”, xtau nape gitu..saya dari kg.londang-berasal dari nama pokok londang yakni sejenis pokok ubat-ubatan..almarhum Penghulu pertama kg.londang ialah moyang saya..(Al-fatihah kpd Penghulu Hj.Manas)..Penduduk asal kg.londang berasal dari kerabat DiRaja Negeri Sembilan, Pak sedara saya masih menyimpan barang2 kebesaran kerabat DiRaja itu..wallahualam..zaman kanak2, ramai pelajar matriks wat kajian datang ke rumah saya..Arwah datuk siap ada susur galur lagi..kalo nk cite,besok pn xabis..huhuhuhu

    Reply

  • NajibNo Gravatar

    Haha y last tu mmg kena batang idung aku…
    A: Asal mana?
    B: Hmmm…arrr..melaka..melaka tgh
    A: Yela..kat mana? Saya slalu gak g melaka
    B: (dgn suara perlahan) Dkt Air Molek

    Mana x malu nama Kg sendiri Kg Kandang…bgtau pon bkn tau kat mana…buang masa jer…lg kena gelak ade le..sapela y bengap bg nama kg sendiri camtu..(asl dr Cow Dung kot..)
    get it? Kan Dang?

    Reply

  • cikpNo Gravatar

    wah…agak2 ler skit nak kutuk kg solok gaung tu…ingat teruk sgt ke kg ni…ape2 hal pun aku bangga dok kg ni…yg buka kg ni pun keturunan aku…nak malu dgn kg sendiri wat pe…

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>