LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Nak sertai MMA ? AirAsia tawar biasiswa jalani latihan MMA

Anda berminat dengan sukan seni bela diri campuran (MMA) ? Ingin menyertai sukan lasak ini? UFC, organisasi terkemuka bagi sukan ini telah membuka permohonan Biasiswa Latihan AirAsia UFC (AirAsia UFC Training Scholarship) bagi tahun 2019.
Biasiswa yang telah memasuki tahun kedua ini, menyediakan peluang bagi mereka yang berpotensi bagi menjalani latihan di Institut Prestasi UFC di Shanghai, China.
Menerusi program latihan selama empat minggu ini, atlet-atlet baharu ini akan berlatih dengan atlet MMA bertaraf dunia di bawah bimbingan pasukan Institut Prestasi UFC, yang diterajui bekas juara lightweight UFC dan ‘Hall-of-Famer’ Forrest Griffin.

Naib Presiden Kanan UFC APAC, Kevin Chang berlata, objektif utama UFC menerusi Institut Prestasi UFC Shanghai adalah untuk mempercepatkan pembangunan MMA di rantau Asia-Pasifik dengan menyediakan kemudahan bertaraf dunia, latihan terbaik, dan pendekatan inovatif kepada sains sukan.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan program tahunan ini, dan kami yakin ia akan meningkatkan kumpulan berbakat di rantau ini yang sedia mengasah kemahiran mereka dalam fasiliti latihan MMA yang termaju di dunia,” katanya.

Tahun lalu, biasiswa itu diberikan kepada atlet strawweight wanita Indonesia, Linda Darrow. Dia menjalani latihan di Institut Prestasi UFC di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, AirAsia menerusi kempen #DARETODREAM, akan terus memberi inspirasi kepada para atlet baru untuk merealisasikan potensi mereka.

“Tahun lepas, biasiswa ini diberi kepada Linda Darrow dari Indonesia, dan tahun ini, seorang lagi atlet dari Asia-Pasifik akan diberikan peluang yang sama iaitu untuk berlatih dengan yang terbaik di UFC,” katanya.

Permohonan untuk Biasiswa Latihan AirAsia UFC boleh dibuat secara atas talian di www.airasia.com/ufcscholarship.

Sumber :-Astro Awani
Kredit Gambar :-Air Asia

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)