Nak duit kena cari duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya ingin sesama berkongsi pendapat tentang ayat di atas

‘ Nak duit kena cari duit’

Mungkin ada yang agak pening bila baca ayat diatas. Dan saya pasti ramai yang tidak mengerti ayat yang tersirat.. Maksud ayat di atas ialah untuk dapatkan duit kita perlu mencarinya.. Tidak boleh mengharapkan orang memberi kepada kita.. Saya berkata begitu kerana terlalu ramai dari kita yang terlalu mengharapkan duit datang sendiri.. Sebab tu ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya. Malahan pak imam pun terpedaya untuk jadi kaya.. Jadi tanpa usaha tiada duit akan datang menjengah akaun bank atau poket anda.. Jika anda dan saya ingin menambahkan sedikit duit usaha mesti perlu.. Jika ada affiliate, usaha untuk mempromosi perlu dilakukan.. Anda boleh iklan di website iklan, forum, portal dan blog..

Ada yang membuat blog percuma dan menulis 2-3 post dan meletakkan iklan adsense dan berharap mendapat income dari situ.. Pleaselah!!.. saya sendiri mempunyai 3-4 blog yang mempunyai adsense dan sekadar mendapat US 1.++ sehari.. Malahan blog berbayar saya ini , ligakampung juga masih dalam proses pembelajaran walaupun telah hampir 1 tahun berkarya…Namun adakah saya berputus asa?? Tidak sama sekali kerana saya tahu perjalanan saya dalam bidang internet ini jauh..

Saya sendiri telah menyertai banyak affiliate dan iklan di internet. Walaupun belum menampakkan hasil yang baik tapi usaha untuk mencari tetap diteruskan.. Janganlah baru 2-3 bulan menceburi bidang internet dan masih tidak mendapatkan hasil anda berasa kecewa.. Marahkan penulis ebook, penulis blog, kononnya terpedaya dengan tulisan mereka.. Come on , ebook atau blog hanya sekadar medium untuk menyampaikan ilmu mereka.. Tidak semestinya idea itu 100% boleh berjaya.. Yang pentingnya diri sendiri..

Memang agak mengecewakan bila terdapat individu-individu yang ingin mendapat kerja senang.. Duit tidak akan datang kepada kita sebaliknya kita perlu mencarinya. . Jika kita asyik mengharap orang memberi ikan kepada kita tanpa kita berusaha memancing/ menjala maka kita akan ketinggalan dan terus ketinggalan..

Saya akan lebih agressif bermula bulan Jun ini dan pastinya blog ini sedikit sebanyak akan dimasukkan nilai komersial.. Camne tu?? Kita tunggu.. Selain itu saya juga berharap agar projek-projek offline dapat berjalan dengan baik..

p/s :- Minta maaf sedikit beremosi apabila ada insan-insan yang ingin sesuatu tapi tak mahu memberi sesuatu..

Kenapa saya ingin berubah? Kerana sudah cukuplah saya menjadi seorang yang lembik, pesimis dan bersikap negatif dalam diri ini.. Walaupun duit tidak boleh beli segalanya namun duit adalah pemangkin untuk kita lebih berjaya selagi kita mengikut cara-cara yang tidak melanggar perintahNya.. AMIN..

p/s :- Mungkinkah matlamat 3 tahun lagi dapat dipercepatkan?? Wallahualam

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1451
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Nak duit kena cari duit”

  1. hairulNo Gravatar says:

    “Jika kita asyik mengharap orang memberi ikan kepada kita tanpa kita berusaha memancing/ menjala maka kita akan ketinggalan dan terus ketinggalan.”

    Mungkin dulu-dulu, dah diajar beri ikan selalu sampai tak sempat belajar cara memancing. :)

    Semoga semua matlamat tu tercapai.

    Reply

  2. syiaNo Gravatar says:

    byk artikel pasal duit je skrg awk :)

    Reply

  3. kumb@ngNo Gravatar says:

    dulu-dulu kalau kita asyik mintak duit kat mak ayah at last mak ayah kata..”ko ingat aku cop duit ke?”..maknanya pandai2lah cari duit sendiri ya… ;)

    Reply

  4. CD PEG BELIANo Gravatar says:

    Moga-moga kau berjaya bro.Betul kita kene perbanyakkan sumber hasil yang halal dan bekerja melebihi waktu biasa.Tang cacing tu,bila nak mule?Aku support 100% punyer.Bisnes ialah sesuatu yang berisiko dan berjaya atau tidak ialah soal kedua yang penting semangat mencuba.Gua dengan penghulu mukim pontian tgh plan nak bisnes cendawan lak melalui persatuan belia berminat.Doakan kengkawan berjaya.Amin

    Reply

  5. zaki blogjerNo Gravatar says:

    Kagum dgn semangat tak menyerah kalah awak. Klu saya pun tak tentu lagi

    Reply

  6. titanNo Gravatar says:

    betul. Kita kene agresif kalau betul2 nak buat duit. :)

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    hairul –> betul tu … ayat tersebut sebenarnya berdasarkan pepatah cina yang saya adjust tanpa kebenaran.. tapi memang kalau terlalu mengharapkan pemberian orang tak ke mana.. kita kena usaha..
    syia –> nak berubah syia. kena ada satu benda yang dikejar.. nak kejar awek tak pandai2 lagi.. cubalah kejar duit… :)
    kumb@ng–> betul kena cari duit sendiri walau camne sekalipun..
    CD PEG BELIA –> cacing tu aku dah start.. tunggu lepas 2 kali tuai baja baru aku kasi ko join.. Almaklumlah ni projek offline yang pertama.. modal pun agak besar bagi aku.. buat masa ni aku tgh cari market untuk baja kompos .. kalau market baik dan memerlukan pertambahan cacing baru aku terima ko jadi partner..
    zaki blogjer –> ala sikit je tu.. ramai lagi yang lebih kuat semangatnya..
    titan –> agressif dan buang sifat pesimis.. Insyallah kejayaan akan ada di hadapan..

    Reply

  8. syamNo Gravatar says:

    semoga anda berjaya wahai saudara zool. kuatkan semangat anda!

    kata-kat semangat dari aku
    “THE PESSIMIST SEE THE DIFFICULT IN EVERY OPPORTUNITY; THE OPTIMIST SEE THE OPPORTUNITY IN EVERY DIFFICULTY”

    Reply

  9. SangPelangiNo Gravatar says:

    Oh, bila kau katakan duit itu sebagai pemangkin, aku teringat tip-tip Magnet Rezeki oleh LynnComel di thread WC300. Berkenaan mengapa orang kaya semakin kaya. dan orang miskin semakin miskin. Sangat berharga. Saya rekomen zool baca di sana. Sekadar berkongsi saja.

    Selamat mencari rezeki,ya? Wassalam.

    Reply

  10. zulsNo Gravatar says:

    Entry yang menarik dari saudara zool. Semoga berjaya!
    Saya pun sama macam saudara juga. Apa yang penting kita kena belajar dan belajar.

    Reply

Leave a Reply