post

Nafizwan pungut pingat gangsa

Selepas hampir pasti pingat emas melalui skuasy wanita, satu pingat gangsa dipungut oleh pemain lelaki, Mohd Nafilzwan Adnan yang berjaya melangkah ke separuh akhir pada hari semalam.
Nafiizwan yang tumpas kepada pemain Hong Kong, Max Lee pada aksi separuh akhir memberikan aksi terbaik namun belum cukup selepas tumpas dengan keputusan 11-5, 11-6, 5-11, 5-11 dan 9-11 di Arena Skuasy Gelora Bung Karno, Jakarta.
Berdasarkan format pertandingan, pemain yang tumpas di peringkat separuh akhir secara automatik menerima pingat gangsa.

Tahniah kepada Nafiizwan yang berjaya merangkul gangsa yang mungkin juga penampilan terakhirnya dalam Sukan Asia memandangkan usianya yang telah mencecah 32 tahun.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.