LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

N Thanbalan bawa pasukan bola sepak Malaysia ke akhir

Sekali lagi, pemain yang mewakili Felcra Utd menjadi wira bagi pasukan bola sepak Malaysia. Perlawanan separuh akhir menentang pasukan Indonesia ini menyaksikan pertarungan epik antara pasukan berjiran ini.
Aksi berbalas serangan antara kedua pasukan bermula dari separuh masa pertama lagi. Kedua-dua pasukan yang ingin mendapatkan tempat ke akhir perlu menang bagi membuktikan pasukan yang lebih baik antara satu sama lain.

Kredit Gambar : Twitter Harian Metro

Pasukan Malaysia mempunyai beberapa peluang namun terdapat kesukaran terutama dengan ketangkasan penjaga gol lawan. Pasukan Indonesia juga berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan gol yang dinantikan.
Ketika perlawanan seakan perlu diteruskan ke masa tambahan, N Thanabalan sekali lagi menjadi penyelamat negara. Tandukan melalui sepakan sudut pada minit ke 86 berjaya memberikan kelebihan satu gol untuk pasukan negara.

Lima minit masa tambahan di beri dan pasukan Indonesia mencuba bermati-matian untuk mendapatkan gol namun pasukan negara ampuh bertahan untuk mengekalkan kelebihan satu gol yang dijaringkan oleh N Thanabalan itu.
Sekaligus pasukan negara akan bermain di perlawanan akhir bagi menentukan kejuaraan pada hari Isnin ini untuk menentang juara bertahan, Thailand.

Tahniah pasukan Malaysia tapi perjuangan masih belum selesai dan ada satu lagi perlawanan yang perlu dikejar untuk mencapai sasaran mendapatkan emas dalam Sukan SEA 2017 ini.

Semangat Kesukanan. Penjaga gol Malaysia
Semangat Kesukanan Penyokong Malaysia dan Indonesia
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)