N.Thanabalan gagal bantu Felcra ke Liga Perdana

Pasukan Felcra FC tidak dapat merealisasikan impian untuk ke Liga Perdana selepas tumpas ke atas pasukan berpengalaman dalam saingan separuh akhir Piala FAM.
Pasukan Sime Darby FC yang terikat 0-0 pada perlawanan separuh akhir pertama lalu berjaya mendapatkan gol tunggal dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Petaling Jaya melalui jaringan Zul Fahmi Awang pada minit ke 40.

Separuh masa kedua pula menyaksikan barisan serangan Felcra FC yang diketuai pemain penyerang skuad Sukan SEA 2017, N.Thabanalan cuba untuk memecah kebuntuan namun gagal sehingga perlawanan penuh tamat.
Keputusan itu menyaksikan Sime Darby berjaya ke final sekaligus layak untuk ke Liga Perdana pada musim depan.

Ketajaman N.Thanabalan tidak dapat dijelmakan dalam perlawanan separuh akhir Liga FAM 2017. Kredit Gambar :- Felcra FC

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir Liga FAM, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) telah mara ke final selepas juga menang tipis 1-0 menumpaskan pasukan Shahzan Muda dalam perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Mini UKM pada Ahad.
– Stadium ASTRO

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “N.Thanabalan gagal bantu Felcra ke Liga Perdana

Leave a Reply