Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terbaca satu berita mengenai MyKad yang disalahgunakan oleh penjenayah.
KOTA BHARU – Angkara ada individu lain menggunakan MyKad miliknya, seorang lelaki hidup tidak tenteram kerana dikhuatiri akan disabitkan dengan kes-kes jenayah yang tidak dilakukannya.
Lebih merisaukan, Ab. Rashid Ab. Hana, 57, yang merupakan pesara kerajaan mendakwa MyKad miliknya memang digunakan oleh penjenayah yang menjadi buruan polis.
Masalah tersebut tidak setakat itu saja kerana dia juga menghadapi masalah untuk membuat pasport antarabangsa sehingga perlu membuat rayuan bagi mendapatkan pasport.
Dalam rekod polis dan Jabatan Imigresen, nama Ab. Rashid direkodkan sebagai seorang pesalah dalam satu kes dadah pada 1995 di Besut, Terengganu.
Perkara itu mula diketahui pada 5 Mei lalu ketika Ab. Rashid berurusan di pejabat Jabatan Imigresen di sini untuk membuat pasport antarabangsa yang akan digunakan bagi menunaikan umrah.
Bagaimanapun, katanya, pegawai imigresen itu memaklumkan bahawa nombor MyKad miliknya telah disenaraihitamkan manakala pasport antarabangsa miliknya tidak boleh dikeluarkan kecuali dia membuat rayuan kepada Jabatan Imigresen di Putrajaya.
Sumber :- Kosmo
Agak cuak gak ni takut mykad lama saya nanti digunakan oleh orang yang bukan pemiliknya. Agaknya kenapa ini boleh terjadi? Kena dapatkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara juga ni sebab baru-baru ni hilang MyKad. Sampai sekarang tiada orang yang memulangkannya..
Jadi saya menghantar ePertanyaan di portal JPN. Ini ayatnya
Selamat Sejahtera.
Saya Zool ingin membuat sedikit pertanyaan. Baru-baru ini saya telah kehilangan kad pengenalan dan telah membuat kad baru.
Saya terbaca satu artikel di media mengenai seorang pesara kerajaan yang mengalami masalah kerana mykadnya digunakan oleh penjenayah.
Sehubungan itu bolehkah pihak JPN memberi jaminan bahawa mykad yang hilang itu telah dibatalkan maklumat dan transaksinya.
Ini bagi melindungi saya dan mungkin juga mereka yang mengalami masalah seperti saya.
Harap maklumZool
Pen Peg Teknologi Maklumat
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Harap-harap ada jawapan positif dari mereka.. Takut juga bila baca artikel tu..
n
RSS Feed
Twitter



October 8th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


uish, bahaya jugak tu.. nak tunggu respon daripada JPN..
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 08:15
tu le aku nak tunggu respond JPN.. bahaya woo. byk kes org asing guna untuk apply loan..
Reply
Tapi ok gak. Tahu sikit jenayah tu ade kat mane bile polis dah find out bukan tuan punye kad wat salah. tul tak?
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 08:17
kalau dah digunakan utk kesalahan jenayah pun tak guna gak.. cuba baca kat atas tu.. passport senarai hitam.. bygkan kalau dia nak gi haji.. sian woo
Reply
erk. ngeri nyer. agak2 nape leh jadi camni? sape yang lalai yek?
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 08:19
mungkin pemilik lalai (termasuk si Zool) tapi kenalah ada sekuriti kat kad tu.. sepatut dah maklum ilang kad lama dah blh tutup… cam kad kredit..
n polis patut disediakan kad reader bila buat sebarang road block ke apa.. ini sekadar check guna mata je.. camne?
Reply
Apelah yg penjenayah tu wat. Pelik gak, penjenayah tu ade je nk salah guna kn benda.
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 08:20
dah namanya penjenayah.. camtu le citernya
Reply
Takut kalau hilang Mykad.tolonglah
jangan hilang.penjenayah sekarang
macam-macam taktik mereka gunakan.
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 21:25
tu le pasal…
Reply
dlm dunia ni, kalau org jahat mcm2 helah boleh dibuat
Reply
zool
Reply:
October 9th, 2009 at 21:26
memang.. tu yang risau tu
Reply