Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya cawangan pasaraya besar Mydin telah dibuka pada bulan April ni. Nampaknya makin bertambahlah ‘hypermarket’ di Melaka. Dan makin mudahlah rakyat Melaka untuk mendapatkan barangan keperluan harian di Melaka. Kat Melaka ni ada Jusco (bakal ditambah bersebelahan Tesco), Tesco, Carrefour,Giant.. Jadi sudah pastinya persaingan akan berlaku antara mereka. Saya yakin di kawasan anda pun terdapat pasaraya besar yang memberikan nilai barangan keperluan dengan harga yang murah..


Saya baru je datang ke Mydin pada Jumaat ( 17.4.09) selepas selesai solat Jumaat di Masjid MITC. Pergh ramai gak yang datang melawat terutamanya mereka yang bekerja di kawasan berdekatan. Waktu rehat digunakan dengan aktiviti ‘shopping’ atau ‘window shopping’.. Tak kurang juga yang mencuci mata.

Sambil-sambil tu saya dan rakan melayan aiskrim yang dijual dengan harga RM1.20. Murah berbanding di pasaran.. Layan je lah kan.. Selepas itu terus menyelidik barang-barang di Mydin.. Memang tak dinafikan barang pasar agak murah berbanding di pasar basah.. Patutlah ramai yang datang…

Terserempak pula dengan orang sedang mempromosi makanan. Dan ada diletakkan makanan untuk dicuba. Apa lagi, mencuba sajalah.. Karipap beku yang digoreng, air cincau, kek dicubanya..

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang agak kureng.. Tempat meletak kereta agak kurang. Terpaksa parking di tepi jalan,.. Nasib baik takde saman-menyaman, kalau tak terbang duit woo..

Okaylah cukup setakat ini.. Mungkin anda ada cerita nak kongsi pasal pasaraya besar di tempat anda.. Camne??