Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Musim terakhir Zulfahmi dalam MotoGP

Pelumba professional MotoGP negara, Zulfahmi Khairuddin akan menamatkan pembabitan beliau dalam sirkit MotoGP pada tahun ini. Pelumba berusia 24 tahun ini yang mewakili pasukan Drive M7 SIC diberitakan tidak akan beraksi dalam siri Moto3 ataupun Moto2 pada musim depan.
Walaubagaimanapun, karier Zulfahmi belum berakhir lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali menyatakan bahawa mereka akan membantu Zulfahmi beralih pada kejohanan lain. Zulfahmi juga boleh menjadi mentor kepada pelumba pelapis yang bersaing dalam Piala Bakat Asia Shell Advance, CEV Repsol dan MotoGP.

zulfahmi-khairuddin

Zulfahmi kini menduduki tangga ke 23 keseluruhan ketika kejohanan hanya berbaki dua pusingan iaitu di Sepang pada hujung minggu ini dan di Valencia pada 6-8 November nanti.
Pencapaian tidak menentu selepas hanya menduduki tangga ke 7 pada tahun 2012 dan merosot ke 12 pada 2013 dan 20 pada tahaun 2014 merupakan antara faktor sukar untuk pihak SIC meneruskan penajaan dalam MotoGP.

Zulfahmi dalam kenyataannya berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik pada perlumbaan MotoGP di Sepang yang bermula esok hingga Ahad ini. Rekod terbaik Zulfahmi pada tahun 2012 apabila menamatkan perlumbaan di belakang juara dunia Moto GP ketika itu, Sandro Cortese pada tahun 2012.
– BERNAMA

Mungkin agak menyedihkan apabila Zulfahmi terpaksa meninggalkan kejohanan berprestij ini. Kalau diikutkan, beliau masih lagi muda dan ada potensi lagi untuk memajukan diri. Mungkin peralihan ke kejohanan lain mampu meningkatkan prestasi beliau. Mungkin satu hari nanti beliau akan kembali untuk bersaing dalam kejohanan MotoGP nanti.

Apapun keputusan, diharap beliau tidak meninggalkan terus sukan permotoran. Beliau perlu menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana. Bantu untuk mereka mengenal potensi diri menjadi sebagai pelumba motosikal yang hebat.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Musim terakhir Zulfahmi dalam MotoGP

  1. SIC dah tak dapat nak tampung tajaan..sayang gak bakat muda sebegini tamat karier lebih awal. VR46 sampai 35 masih gagah berlumba tue… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)