MUSA akan pastikan logo baharu disahkan sebelum digunakan

Isu logo baharu Melaka United akan cuba diselesaikan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) dimana mereka akan berusaha melalui saluran undang-undang supaya logo tersebut dapat digunakan secara sah.
Sebelum ini terdapat isu mengatakan bahawa logo tersebut menyerupai logo di laman web Pinterest dan juga syarikat Bare Blends dari Australia.

Ini mendapat kritikan terutama dari netizen yang mempertikaikan keaslian logo tersebut.

Bernama sebelum ini melaporkan logo baharu itu direka oleh penyokong Melaka United Mohd Asri Ab Aziz, berasal dari Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah yang terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United, yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.

Logo yang dilancarkan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam itu, menampilkan rekaan bulat dengan mengekalkan identiti pokok Melaka, dan gabungan ciri-ciri logo bola sepak Melaka dari dahulu hingga kini, yang penuh dengan keunikan sejarahnya.

Ikon manusia pada pokok itu melambangkan rakyat Melaka yang bersatu padu dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan negeri ini, dengan warna-warna hijau dan putih dikekalkan sebagai warna rasmi Melaka United.

Melaka United memperkenalkan logo baharu skuad Sang Kancil itu dalam usaha merancakkan persediaan bagi pertukaran status ke kelab bola sepak (FC) dan penswastaan pasukan musim depan.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.