Murid dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya isu ni dah basi dan rasanya ramai sangat yang menulis mengenai keadaan murid dulu dan sekarang. Walaubagaimanapun rasanya masih relevan untuk menulisnya selagi terdapat murid dalam sesebuah komuniti.
Idea ini tercetus selepas membaca sebuah kenyataan berikut :-

‘ Guru tak boleh kenakan hukuman fizikal ‘ kata Ketua Pengarah Pelajaran..

Sumber :- Harian Metro

Secara peribadi, saya sukar menerima kenyataan KP Pelajaran kerana ia membayangkan yang guru hanya bertindak sebagai pengajar subjek sahaja dan tidak layak untuk mendisplinkan anak murid. Tetapi mungkin beliau mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memberikan kenyataan tersebut.

Gambar hiasan semata-mata.. Tapi lawakkan..

Saya bukanlah seorang guru dan tidak layak menjadi guru walaupun pernah mendapat temuduga guru KPLI ( tak pergi pun temuduga tu.. ). Tapi berdasarkan pengalaman jadi cikgu ganti dan sedikit pembacaan didapati memang terdapat perbezaan ketara antaranya :-

1. Murid sekarang tak boleh disentuh oleh guru. Dicubit pun dah menjadi isu besar hingga terpampang di suratkhabar M** . Walaupun si Zool boleh dikategorikan sebagai pelajar low profile dan tidak menjalankan aktiviti keganasan mahupun jenayah namun pernah juga merasa tempelengan dari Cikgu Khadijah, tamparan Cikgu Ismail, rotan Cikgu …. (banyak cikgu dah rotan, tak ingat), ketuk ketampi depan kelas dan berbagai lagi. Kesalahan pun takde besar sangat. Setakat tak bawa buku teks, tak siap kerja sekolah, tak faham bahasa.. Tu je. Malahan ketika dah nak masuk Tingkatan 6 pun kena cubit ngan cikgu Amoi.. Tak pernah pula mengadu pada mak bapak.. Ni pun korang antara individu bernasib baik yang tau pasal si Zool kena hukuman ni..
Tapi walaupun kena rotan, lempang.. Tu semua sebagai penegur kita je .. Mungkin kalau tak sebab hukuman tersebut, si Zool tak reti nak menaip ayat-ayat merapu camni..
2. Jenayah yang menggila.. Kalau baca suratkhabar sekarang memang terkejut.. Budak yang berumur semuda 10-13 tahun dah buat jenayah melampau. Bukan setakat curi pemadam ,letak ‘duster’ kat kerusi atau tampal kertas ‘ Saya budak gila’ kat belakang kawan tapi melakukan jenayah berat sehingga ada kes rogol yang dilakukan oleh bebudak yang baru lepas bersunat ni.. Malahan yang lebih teruk lagi ada yang sampai sanggup merogol guru sendiri.. Memang jahanamlah anak murid tu.. Patut dikelar dan dibuang dalam tempat loji najis.
3. Zaman dulu pergi sekolah naik bas.. Berhimpit-himpit sampai nak penyek badan.. Tu yang tak tinggi-tinggi sampai sekarang.. Tapi murid sekarang naik motosikal.. Dah tu tak pakai helmet lagi.. Lesen jangan cerita lah kan.. Mana tak jadi ‘ pelesit rempit’ bila habis sekolah ( tu pun kalau sempat habis sekolah )..
4. Dulu kebanyakan murid takut dan hormat dengan guru. Kalau nampak guru disiplin cepat-cepat lari. Tapi sekarang lain.. Guru pula takut ngan anak murid.. Jeling sikit je, balik bukan setakat kena calar kereta.. Silap haribulan ada samseng datang tunggu depan pintu sekolah.. Gile ah..
5. Budak dulu buat jahat sorok-sorok. Sekarang lepas pintu pagar sekolah dengan selamba hisap rokok… Tak kisah pun..
6. Pengaruh yang teramat besar.. Kalau zaman dulu mungkin pengaruh persekitaran tidak seperti sekarang. Dulu nak berhibur pun layan main video game arcade yang masuk syiling 20 sen tu.. Tapi sekarang macam2 ada.. Cybercafe berlambak.. Malahan kat rumah pun ada internet yang boleh menyambungkan banyak benda.. Dari yang baik sampai ke tahap menjahanamkan minda..

Okay cukuplah setakat ini. Dah panjang plak membebel ni… Nanti anda pula meluat membacanya..
Artikel ini adalah sekadar pendapat kosong je. Sekadar peringatan untuk diri sendiri seandainya diizinkan olehNYa memiliki anak. Jadi tak perlu ambil serius sangat ye.. Harap maklum…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2761
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

14 Responses to “Murid dulu dan sekarang”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    nowadays in this generation, the kids are really pampered.. they cannot be “touched” in school or else the parents will terus come and complain.. lol.. i think the previous generation is stronger when facing challenges.. =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. when touched ‘teacher’ will be scold..

    Reply

  2. sangilapiNo Gravatar says:

    kalau dulu,memang guru ajar murid….maka terpelajarlah murid itu.
    sekarang ni,murid pun boleh ‘ajar’guru ….memang kurang ajarlah murid tersebut!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. budak2 sekarang memang gile la

    Reply

  3. nurulNo Gravatar says:

    haish…memang jadi demotivated nak jadi cikgu taun depan nih…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jgn la camtu.. jadikan sebagai cabaran..

    Reply

  4. firusNo Gravatar says:

    hahha… betul betul… Murid makin kuang hajor. Org makin takut nak jadik cikgu…

    p/s : Eh, koko, aku jumpa safli fahmee a.k.a chiley. Rujuk blog.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kat Facebook pun dia ada lah…
    tu le tak nak masuk fb…
    tapi selamat berjumpa la jugak.. huhuhu

    Reply

  5. matjoeNo Gravatar says:

    hmm, kerajaan mmg ntah aper2. mmg patut bagi cikgu sikit kuasa untk ajar budak2.
    depa ni mengada2 lebih mmg naik minyak, malas pun banyak.

    try jump into corparate world, ko tahu laa nanti tough tak tough.

    kalau main2 jer, ikut malas dan hati batu, kesudahannya jadi tol gate girl jer laa

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau jadi tol gate girl ok bro…berbakti gak pada negara
    jgn jadi bohsia, bohjan., drug addict.. tu yg teruk..

    Reply

  6. miss lollyNo Gravatar says:

    murid2 akhir zaman lah katakan……….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. tapi menakutkan tulllah..

    Reply

  7. Anjung WebNo Gravatar says:

    Itulah zaman sekarang, banyak faktor penyumbang gak…

    Reply

  8. Pert DohertyNo Gravatar says:

    budak-budak sekarang gedik.. diorang nak bersukaria je.. tu yang sikit-sikit nak ngadu.. mak bapak pon nk menangkan anak.. adui.. dunia..

    Reply

Leave a Reply