Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mun Yee lepas gian dalam kolam renang , Jun Hoong pula pilih jalan selamat

Atlet terjun wanita yang cun melecun, Leong Mun Yee gembira apabila kini akan kembali ke kolam renang bagi meneruskan latihan pusat bagi program Road to Tokyo.
Latihan di kem latihan Bukit Jalil itu memberikan nafas baharu kepadanya dan juga rakan-rakan atlet renang selepas hampir tiga bulan tidak dapat menjalani latihan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Perasaan itu sangat seronok bila dibenarkan kembali berlatih. Sekarang ini semua berjalan lancar dan rasa okey sangat apabila dapat terjun semula. Cuma ketika ini gaya terjunan lebih kepada terjunan mudah dan kami masih belum melakukan darjah kesukaran yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai tahap kecergasan, pemenang 17 pingat emas Sukan SEA itu berkata, ia bukan satu masalah besar kerana kecergasannya berada di tahap terbaik kerana melakukan latihan setiap hari di rumah sepanjang PKP.

Bagaimanapun, Mun Yee yang meraih pingat perak di Kejohanan Dunia itu berkata, badannya ada rasa sedikit sakit apabila latihan bebanan bermula. Ditanya mengenai corak latihan, atlet kelahiran Perak itu berkata, tumpuan jurulatih kini akan diberikan kepada kecergasan dan asas terlebih dahulu.

Mun Yee mendapat slot ke Olimpik selepas meraih pingat perak dalam acara 10m seirama bersama Pandelela Rinong di Kejohanan Terjun Dunia di Gwangju, Korea tahun lalu.

Sementara itu, bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong pula tidak mahu terburu-buru. Penerjun berusia 30 tahun itu lebih menumpukan kepada aktiviti selamat dengan memulakan latihan asas.
Latihan kecergasan serta kekuatan ditumpukan bagi meningkatkan kekuatan otot dan stamina.

Saya tidak boleh terus melakukan terjunan daripada platform, itu akan meletakkan saya dalam risiko mencederakan diri sendiri,” kata Jun Hoong yang pernah mengalami kecederaan beberapa tahun lepas termasuk menjalani pembedahan lutut pada Jun 2018.

“Buat masa ini, hanya latihan kekuatan dan teknik asas dalam kolam dahulu selain daripada rehabilitasi. Jurulatih (Yang Zhuliang) menasihati saya supaya tidak terlalu teruja, tapi teruskan kemajuan.

“Setakat ini tiada kejohanan dijadualkan tahun ini, jadi fokus utama adalah untuk meningkatkan diri sendiri dan mengawal kecederaan. Saya tidak mungkin pulih sepenuhnya daripada kecederaan, tapi berharap dapat bertahan,” katanya.

Jun Hoong menjalani latihan secara berasingan daripada atlet terjun lain bersama bekas jurulatih kebangsaan Zhuliang di Pusat Akuatik Nasional di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk proses pemulihan kecederaan.

Ditanya mengenai kem latihan RTT yang dijalankan secara kuarantin, Jun Hoong berkata beliau gembira dengan langkah yang diambil oleh MSN sekali gus membolehkan atlet elit kembali menjalani latihan.

Sumber :-Mun Yee gembira lepas geram dalam kolam – HMetro
Jun Hoong pilih jalan selamat jalani latihan – HMetro

Apapun kaedah semoga mereka mampu mencapai kilauan pingat di Sukan Olimpik pada tahun hadapan. Mungkinkah kilauan emas mampu dilakukan oleh salah seorang atlet ini?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)