LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Muhaizar pertahan gelaran di Standard Chartered Marathon 2019

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pelari maraton negara Muhaizar Mohamad akan kembali untuk mempertahankan kejuaraannya di kejohanan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM2019) hujung bulan ini.

Muhaizar yang memenang pingat gangsa untuk Malaysia buat julung kalinya pada sukan SEA di Kuala Lumpur 2017 bagaimanapun berkata beliau tidak akan terlalu memaksa diri untuk saingan kategori maraton penuh lelaki Malaysia dalam kejohanan itu nanti, memandangkan Sukan SEA Filipina 2019 akan tiba dalam tempoh sekitar dua bulan sahaja lagi.

“Keutamaan saya adalah mewakili Malaysia di Sukan SEA, namun KLSCM2019 akan menjadi penampilan maraton saya yang terakhir sebagai persediaan untuk hadapi Sukan SEA, saya tidak mahu menjejaskan latihan saya bagi tujuan itu.

“Saya masih menyasarkan untuk menjadi lebih kompetetif dan berharap untuk mempertahankan kejuaraan KLSCM kerana ia satu acara yang memang dekat di hati saya selepas memenanginya empat kali berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur acara, Dirigo Events Sdn Bhd, di sini hari ini.

Ketika ini Muhaizar adalah pelari maraton kedua terpantas negara, di belakang pemegang rekod kebangsaan Leo Tan Huong Leong.

KLSCM2019 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Sept bakal menyaksikan penyertaan sekitar 40,000 pelari, termasuk 1,900 pelari dari 73 negara luar.

Acara larian utama di Malaysia itu menawarkan hadiah tunai yang berjumlah US$125,000 (RM521,037).

Empat kategori utama akan dipertandingkan, yakni Individu (empat jarak berbeza: Maraton 42.2km, Separuh Maraton 21.1km, 10km dan 5km); Run For A Reason (Maraton 42.2km, Separuh Maraton 21.1km, 10km dan 5km) bagi mengumpul dana untuk kebajikan menerusi sumbangan derma dalam talian; Cabaran Korporat (10km) bagi syarikat-syarikat mendaftar dan bertanding sebagai satu pasukan korporat, dan Kids Dash (3km dan 1km) bagi mengalakkan kanak-kanak dalam sukan dan acara lari.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)