Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Muhaizar dapatkan pingat marathon Sukan SEA selepas 44 tahun

Admin tak tahu pun yang rupa-rupanya acara marathon ini tak penah pun atlet Malaysia mendapat pingat dalam acara sukan SEA rupanya.
Ingatkan dulu ada pelari jarak jauh yang handal maka adalah yang mencatat nama di peringkat marathon. Rupa-rupanya pingat gangsa yang dimenangi oleh atlet Malaysia, Muhaizar Mohamad merupakan pingat pertama bagi acara itu dalam Sukan SEA 2017 selepas tempoh 44 tahun.

Atlet kelahiran Gurun, Kedah ini berlatih selama sebulan dan dengan tekad untuk memenangi pingat akhirnya terhasil pada kejohanan di Kuala Lumpur ini.
Komando tentera dari Sungai Udang berusia 32 tahun itu mencatatkan masa 2 jam 31 minit 52 saat. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pada sukan SEA 1973 di Singapura dimana M Solaimuthu mencatat 2 jam 42 minit 03 saat untuk memengani gangsa.

Muhaizar yang berjaya mengatasi catatan peribadi 2 jam 35 minit 55 saat berharap agar terdapat lagi atlet yang dapat membanggakan Malaysia dalam acara ini selepas ini.
Pingat emas acara ini dimenangi oleh juara bertahan Sukan SEA dari Singapura, Soh Rui Yong yang mencatat masa 2 jam 29 minit 27 saat manakala perak dimenangi peserta Indonesia, Agus Prayogo dengan catatan 2 jam 31 minit 20 saat.

 

Kredit Gambar :- Facebook KL 2017

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)