Muay Thai , seni bela diri dari Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tatkala terbaca tentang artikel di Kosmo Pahlawan Muay Thai dari Tambun mengamit perasaan ini untuk menulis mengenainya.

Walaupun tidak pernah langsung belajar seni bela diri dari Thailand (yang juga dikenali Tomoi) tapi rasanya tak menjadi masalah kalau kita sama-sama berkongsi apa yang diketahui.. Seperti yang kebanyakan dari kita sedia maklum Muay Thai berasal dari Thailand dan merupakan seni mempertahankan diri yang digunakan oleh pahlawan Siam ketika zaman perang dahulu..

Kehebatan ilmu seni bela diri ini popular di serata dunia dan digeruni ramai, apatah lagi apabila ia digembar-gemburkan di layar perak menerusi filem pecah panggung seperti Kickboxer, Ong Bak, Beautiful Boxer, Tom Yum Gong, Muay Thai Chaiya dan yang terbaru, Fury.
Memang ada pandangan negatif terhadap Muay Thai ni terutamanya dari segi ritual yang dilakukan.. Tapi pada pandangan saya ianya bergantung pada diri.. Jika niat adalah untuk belajar tak jadi masalah.. Tak perlu nak ‘menyempitkan fikiran’.
Melalui artikel tersebut juga, jurulatih memberitahu bahawa ianya mampu mendisiplinkan diri seseorang pelatihnya. Melalui latihan yang keras memberikan ruang untuk anak muda mengisi masa terlapang dengan lebih berfaedah..

Muay Thai mempunyai kaedah sedikit berbeza dengan tinju yang membataskan serangannya dengan tumbukan manakala Muay Thai lebih keras kerana peninju turut dibenarkan menyerang menggunakan siku, kepala atau lutut ke atas semua bahagian anggota lawan kecuali bahagian sulit saja.

Kalau diikutkan memang ada niat si Zool ni nak belajar ‘Muay Thai’ tapi apakan daya keadaan fizikal tidak berapa mengizinkan.. Bagaimana dengan anda?? Minat dengan senibela diri ni???

Sambil tu layan klip youtube ni..

Pengunjung Entri Ini :3316

4 comments:

  1. muay thai di negara ini memang sedang memgembang dan banyak aktiviti sedang dijalankan.

    Reply

    zool Reply:

    Ye memang berkembang.. Bagus untuk mendisiplinkan anak-anak muda belia dari buat perkara yang tidak elok…
    U ada masuk mana-mana seni bela diri ke young?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

68,579 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge