LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

MU sedia pertahan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan 2018

MISI mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan berada di landasan yang betul buat skuad Melaka United MBMB (MU MBMB) selepas meraih empat kemenangan berturut-turut setakat ini.

Empat kemenangan mengatasi KL FELDA United (5-3), Selangor United MPSJ (5-2), Pahang Kuantan Rangers (7-2 ) dan Pulau Pinang MBPP (9-2) melonjak suntikan motivasi buat pemain skuad itu untuk terus menyerlah.

Pengarah pasukan MU MBMB, Ahmad Roslee Hamzah menganggap kemenangan amat penting dalam memastikan sasaran pasukan terjamin, sekali gus memenuhi misi mempertahankan kejuaraan.

Beliau berkata, sokongan padu pengurusan tertinggi, terutama Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi meletakkan tiada yang mustahil untuk pasukan muncul juara buat kali kedua berturut-turut.

“Apa pun masih terlalu awal untuk mendabik dada kerana semua lawan juga akan menjanjikan saingan sengit, terutama skuad Perak dan KL City FC.

“Namun, jika persembahan pemain konsisten seperti empat perlawanan terdahulu, kami yakin skuad ini mampu mempertahankan kejuaraan,” katanya.

Skuad bimbingan jurulatih Mohd Isa Rahim itu kini giat membentuk persiapan rapi menjelang perlawanan kelima dan keenam pada 31 Mac dan 1 April depan.

Selepas empat perlawanan Melaka United menghuni tangga teratas dengan 12 mata, diikuti Perak di tangga kedua (12 mata), namun perbezaan jaringan memihak kepada skuad Hang Tuah untuk memimpin carta dengan KL City FC di tangga ketiga mengumpul 9 mata.

Sumber : HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)