MPSJ anjurkan program Kayuhan Hidup Sihat 2017

Peminat acara berbasikal boleh mencatatkan tarikh 9 Disember 2017 ini untuk menyertai acara program Kayuhan Hidup SIhat 2017. Acara anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
MPSJ berkata program ini akan diadakan di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor bermula jam 7.30 pagi pada 9 Disemeber depan.

Dua kategori iaitu 25 kilometer (km) dan 5 kilometer(km) akan dipertandingkan dalam acara berkenaan selain pelbagai aktiviti lain khusus untuk seisi keluarga.
300 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat t-shirt dan 300 peserta yang tiba awal di garisan penamat akan menerima medal.

Untuk keterangan lanjut sila layari facebook Kayuhan Hidup Sihat MPSJ

Admin tak berminat nak mengayuh tapi yang berminat eloklah sertai acara ni. Berkayuh ni memang menyihatkan. Tapi kena hati-hati dalam memandu ye. Jangan terlalu nak kejarkan medal tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.