Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenarnya saya tertarik untuk menulis mengenai motosikal yang banyak berjasa pada diri ini setelah membaca artikel dari JV rear-wheel.com , BDFabregas mengenai perbezaan kefahaman antara mat rempit dan engineer..
Gambar motosikal di atas kini memang menjadi kenderaan utama oleh BDFabregas dalam kehidupan beliau di Universiti Malaysia Pahang. Tetapi sebelum itu motosikal Yamaha Sport ini pernah berjasa kepada saya ketika zaman pembelajaran di Universiti Teknologi Mara, Shah ALam.
Selama 2 tahun di sana, motosikal yang mempunyai kadar kebingitan tinggi tersebut sering memecah kesunyian pagi terutamanya ketika waktu pagi nak ke kuliah.. Memang banyak kenangan bersama motosikal tersebut.. Malahan telah banyak juga wang yang dibelanjakan akibat kerosakan tersebut.. Pernah teringat satu waktu dahulu saya dikenakan bayaran caj yang melampau, hampir RM500.. Terpaksa meminta bantuan rakan .. Dah le 2-3 hari lepas tu nak kena balik kampung.. Ada cuti panjang… Tapi biasalah tu adat dan ragam motosikal yang agak berusia… Walaubagaimanapun kegagahan motosikal tersebut masih bertahan.. Kini ianya pula bergerak selama 5 jam tatkala BDFabregas pulang untuk bercuti di Kampung Kesang Tua ..
Motosikal itu memang banyak berjasa di zaman awal saya memasuki alam pekerjaan.Teringat 2 kali mengalami minyak habis di tengah jalan.. Itulah akibatnya kalau tidak memberi perhatian serius terhadap pengisian minyak.. Walaupun kini moto tersebut telah dipindahmilik kepada BDFabregas tetapi kadangkala saya meminjamnya untuk ke kawasan berhampiran.. Ada nostalgia dalam kenderaan tersebut..
Bagaimana pula dengan anda?? Sudah pastinya anda mempunyai nostalgia tentang kenderaan.. Mungkin ada yang telah menjualnya dan mungkin ada yang menyimpannya sebagai bahan kenangan..
p/s :- Si Zool tengah berkira-kira nak membeli sebuah motosikal namun kantungnya masih belum mencukupi.. Harap-harap tahun depan mampu menyambar sebuah motosikal..
RSS Feed
Twitter



December 25th, 2008
zool 
Posted in
Tags: 


nostalgianyerrr..
Reply
motor keluaran yamaha dan honda bagi aku adalah yang paling tahan sekali dari segi enjin dan bodynya…sebab tu motor tu masih mampu berkhidmat dengan lama…
Reply
salam. mm.. yamah best lama pnye,pstu ss1, ss2..apepon yamaha best lama jgk pguasaan dia..cc pon bsr la jgk..
mm.. blh add d blogroll?
Reply
aku masa kat U dulu kan Zool
naik bas aje
Reply
ingat kat u nie nak bawak mtr gak..tapi x de lesen..hehe..merempit je klu pnjm motor kawan
Reply
masa kat kolej dulu. jalan kaki aje..30 minit sampai. uih. penat..
Reply
nie motor MV tu ke??
Reply
[...] hantar motosikal yamaha ke rumah sewa BD, bertolak untuk solat Jumaat di Masjid UiTM. Dah lama tak singgah sini. Masa [...]