LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

MotoGP Sepang 2015 : Valentino Rossi di kenakan penalti kerana menendang Marc Marquez, Zulfahmi terkeluar

MotoGP di Sepang yang berlangsung pada hari ini cukup hangat. Bukan hangat sebab cuacanya yang memang terik ditambah dengan jerebu tapi disebabkan isu pelumba yang sedang beraksi.
Pemandu motosikal MotoGP yang sedang mendahului kejohanan, Valentino Rossi dikenakan penalti 3 mata kerana dikatakan menendang motosikal pesaingnya Marc Marquez.

Isu hangat ketika kejohanan Grand Prix Malaysia ini berlaku ketika pusingan ke 13 apabila Rossi menolak Marquez yang sedang bersaing untuk mendahuluinya. Rossi sedang mengejar kejohanan ketujuh MotoGP sedang bersaing dengan Jorge Lorenzo yang hanya dipisahkan dengan 7 mata kini.

Sepang

Keputusan Malaysia GP

1. Dani Pedrosa (Spa/Honda) 40 min 37.691 secs
2. Jorge Lorenzo (Spa/Yamaha) +3.612 secs
3. Valentino Rossi (Ita/Yamaha) +13.724 secs
4. Bradley Smith (GB/Yamaha) +23.995 secs
5. Cal Crutchlow (GB/Honda) +28.721 secs

Kedudukan MotoGP

1. Valentino Rossi (Ita/Yamaha) 312 pts
2. Jorge Lorenzo (Spa/Yamaha) 305 pts
3. Marc Marquez (Esp/Honda) 222 pts
4. Dani Pedrosa (Spa/Honda) 190 pts
5. Andrea Iannone (Ita/Ducati) 188 pts

Bagi pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairudin pula menamatkan persaingan di Sepang dengan keputusan menyedihkan. Selepas bersaing di tangga kelapan beliau akhirnya terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal apabila berlaku kemalangan kecil.
Walaupun cuba untuk bersaing namun motosikalnya telah mengalami kerosakan dan tidak mampu untuk diteruskan.

Please follow and like us:
error0

One thought on “MotoGP Sepang 2015 : Valentino Rossi di kenakan penalti kerana menendang Marc Marquez, Zulfahmi terkeluar

Leave a Reply to adesutisna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)