LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

MotoGP Malaysia Catat Kehadiran Penonton Tertinggi Sejak 1999

Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) amat berpuas hati dengan sambutan luar biasa penonton pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP Malaysia) yang berakhir pada Ahad.
Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya memaklumkan kehadiran penonton lebih daripada 100,000 pada hari perlumbaan merupakan pencapaian terbaik setakat ini.

Mohamed Azman berkata pihaknya juga amat gembira dengan program wildcard yang membuktikan pelumba tempatan mampu bersaing di peringkat dunia.

“Pelumba Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Hafizh Syahrin amat bagus dengan menduduki tempat kelima keseluruhan (Moto2), begitu juga dengan Ramdan Rosli.

“Malah pelumba kita Adam Norrodin ( Drive M7 SIC Team) juga bagus dan insiden yang berlaku bukan kesilapannya. Malah kami bangga dengan pencapaian Jakub Kornfeil yang tamat di tempat kedua (Moto3).

“Program wildcard ini akan diteruskan diteruskan pada tahun depan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razali mengesahkan bawah ada pelumba tempatan yang beraksi akan beraksi di kejuaraan tahun depan.

“Cuma kita tidak tahu sama ada Khairul Idham akan bertukar ke Moto2 atau kekal, ini akan menjadi satu tanda tanya.

“Adam pun kita akan kekalkan dan mengharapkan dia mampu mencatat pencapaian yang lebih baik dan mengutip mata.

“Hafizh mungkin berdepan tahun yang kritikal dan perlu sentiasa mencapai kedudukan lima terbaik.

“Jadi semua faktor itu akan terus menjadi tarikan untuk kejuaraan tahun depan,” jelasya.

Seramai 161,553 penonton hadir ke SIC untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP, sekali gus mencipta sejarah kehadiran penonton paling ramai sejak mula dianjurkan pada tahun 1999 di Sepang.

Seramai 17,711 penonton membanjiri litar pada sesi latihan bebas (Jumaat) manakala seramai 48,466 untuk sesi kelayakan.

Penganjuran pada tahun lalu merekodkan kehadiran 150,563 penonton secara keseluruhan keseluruhan.

Sebagai rekod, kali terakhir MotoGP Malaysia yang berlangsung dalam cuaca hujan adalah pada tahun 2014 dengan kehadiran 130,925 penonton.

Sumber :- MStar

Please follow and like us:
error0

One thought on “MotoGP Malaysia Catat Kehadiran Penonton Tertinggi Sejak 1999

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)